Hab bersepadu baharu di Toa Payoh bakal dilengkapi pelbagai kemudahan mesra masyarakat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA:Kemudahan sukan, perpustakaan, pusat jagaan kesihatan dan taman - semuanya di bawah satu bumbung.
Semua itu boleh dijangkakan oleh para penduduk Toa Payoh apabila sebuah bangunan bersepadu baharu siap dibina di kawasan kejiranan mereka menjelang 2030.
Dengan stadium terbesar di tengah-tengah kawasan kejiranan antara kemudahannya, ia akan membuka laluan kepada lebih banyak acara kemasyarakatan,malah aksi sukan bertaraf dunia.
Menjelang 2030,tapak di Toa Payoh ini akan diubah menjadi sebuah kompleks yang canggih.
Pembangunan bersepadu ini akan menempatkan gelanggang berbumbung,
kolam renang di dalam dan luar bangunan tersebut.
Stadiumnya pula akan menyediakan sebanyak 10,000 tempat duduk, sekali gus menjadi yang kedua terbesar di Singapura selepas Stadium Negara.
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong yang merasmikan upacara pecah tanah berharap kemudahan baharu itu akan menyatukan para penduduk daripada pelbagai latar belakang.
“Hari ini, kami bukan sahaja melancarkan upacara pecah tanah bagi Pembangunan Bersepadu Toa Payoh (TPID) sebagai sebuah kemudahan sukan atau masyarakat, tetapi ia juga merupakan satu perjalanan ke arah kemudahan kelas pertama di Singapura, untuk masa depan kita di mana semua rakyat Singapura boleh hidup lebih baik melalui sukan."
"Kemudahan ini tidak bermakna jika ia tidak digunakan dengan baik. Lantaran itu, apabila TPID membuka pintunya, saya berharap anda semua, sama ada anda seorang pesara, warga emas, muda, atlet, rakyat Singapura dari merata negara, akan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ini."
Bangunan baharu itu juga akan menjadi tempat latihan bagi para atlet negara,
daripada pelbagai sukan seperti tenis meja dan bola jaring.
Pemain tenis meja negara, Izaac Quek berkata: “Saya berharap kemudahan baharu itu akan menarik lebih banyak pertandingan antarabangsa, yang bakal diadakan di Singapura. Saya fikir peluang untuk dapat bersaing di sini, di Singapura adalah perkara yang sangat saya nikmati."
Presiden Bola Jaring Singapura, Trina Liang-Lin berkata: "Selain itu, dari segi kemudahan - untuk berlatih, gimnasium, pusat pemulihan dan sebagainya, saya fikir gelanggang di dalam bangunan, dengan tiga daripadanya berhawa dingin akan sangat membantu latihan. Buat masa ini, yang menjadi isu ialah apabila hujan, dan apabila terlalu panas, pasukan kami tidak dapat berlatih dengan baik."
Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat, yang juga penasihat pertubuhan akar umbi di kawasan itu, berkata terdapat juga pelbagai kemudahan lain selain sukan.
Ini termasuk sebuah taman dan Perpustakaan Toa Payoh yang lebih besar dan lebih baik selepas ia dipindahkan dari lokasi yang terletak tidak jauh daripada kemudahan baharu itu.
“Ini adalah sesuatu yang bukan sahaja memberi kita peluang untuk menyegarkan semula Toa Payoh melalui TPID, tetapi juga tempat-tempat yang diberi nafas baharu, termasuk perpustakaan sekarang ini, yang sebenarnya memberi kita ruang untuk membayangkan semula apa yang kita mahukan dengan ruang itu."
Terdapat juga poliklinik yang menyediakan khidmat jagaan kesihatan, yang kini terletak lebih dekat dengan rumah.
Antara khidmat yang ditawarkan termasuk pemeriksaan kesihatan untuk golongan muda, rawatan penyakit kronik dan kegiatan bagi menggalakkan penuaan aktif.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.