Skip to main content

Singapura

Hab Automasi Digital pertama dibuka di S'pura

Syarikat-syarikat yang ingin melaksanakan automasi boleh memanfaatkan Hab Automasi Digital yang menerima pelaburan S$300 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Hab Automasi Digital pertama dibuka di S'pura

Workato memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebilangan Institut Pengajian Tinggi pada 21 Apr 2022. 

Diterbitkan : 21 Apr 2022 08:39PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat yang ingin melaksanakan automasi boleh memanfaatkan Hab Automasi Digital yang menerima pelaburan S$300 juta.

Hab itu adalah ibu pejabat global kedua bagi syarikat Workato. Ia berhasrat untuk memanfaatkan Singapura sebagai batu loncatan bagi meluaskan operasinya di Asia Pasifik.

Hab tersebut akan menawarkan kursus latihan, program pengiktirafan dan sesi perunding cara bagi syarikat-syarikat tempatan dan serantau.

Syarikat itu akan menambah 120 pekerjaan tahun ini,meliputi jawatan perniagaan, teknologi dan sokongan.

Menjelang 2025, ia akan mewujudkan lebih 700 pekerjaan berkemahiran bagi para siswazah serta golongan PMET.

Bagi mencungkil bakat, Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai dengan sebilangan Institut Pengajian Tinggi.

Ia bertujuan untuk melengkapi para pelajar dan karyawan pertengahan kerjaya dengan kemahiran teknologi dan automasi.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita