Skip to main content

Singapura

GXS Bank hentikan 82 pekerja selepas 'semakan perniagaan strategik'

Anggaran Waktu Membaca:
GXS Bank hentikan 82 pekerja selepas 'semakan perniagaan strategik'
Gambar hiasan. 
Diterbitkan : 03 Dec 2025 05:56PM Dikemas Kini : 03 Dec 2025 06:24PM
SINGAPURA: GXS Bank akan memberhentikan 82 pekerjanya susulan satu "semakan perniagaan strategik", kata ketua pegawai eksekutif kumpulan syarikat itu, Pei-Si Lai dalam mesej yang dilihat oleh Mediacorp pada Rabu (3 Dis).

Ini merangkumi kira-kira 10 peratus daripada kakitangan bank digital tersebut.

GXS, yang disokong oleh gergasi e-panggilan khidmat pengangkutan Grab dan syarikat telekomunikasi Singtel, kini "beralih daripada langkah membina bank kepada mengendalikan bank", kata Cik Lai.

"Peranan yang diperlukan ketika kita menumpukan perhatian kepada pengurusan operasi bank mungkin berbeza daripada peranan semasa fasa pembangunan," tambahnya.

Cik Lai berkata bahawa selepas menjalankan semakan strategik, GXS cuba "membentuk semula" dirinya selama satu setengah tahun.

"Sebagai contoh, kami hanya mengisi semula jawatan kosong yang kami percaya penting untuk tahun-tahun akan datang," kata Cik Lai. Beliau menambah bahawa bank itu juga telah mengembangkan keupayaan terasnya di peringkat serantau, termasuk data, produk dan teknologi, untuk "meningkatkan kerjasama" dan memperluas inovasi produk mereka di pelbagai pasaran.

"Bagaimanapun, kadar penstrukturan semula dalaman berjalan lebih perlahan daripada yang dijangkakan," katanya.

GXS akan menawarkan bayaran pampasan dan muhibah kepada pekerja yang terjejas, selain perlindungan perubatan yang dilanjutkan selama tiga bulan, sokongan peralihan kerjaya dan khidmat kaunseling.

Bank itu juga akan membenarkan mereka mengambil cuti supaya mereka mempunyai "masa dan ruang" untuk mula mencari pekerjaan baharu.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita