Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Guru tuisyen dijel 10 tahun, dirotan 24 kali kerana serang budak lelaki secara seksual

Dua bulan selepas dia menjadi guru tuisyen kepada seorang remaja lelaki berusia 13 tahun, Teo Boo Kang membawa remaja itu ke sebuah kolam renang di mana dia kemudian mencabul kehormatan remaja berkenaan dan cuba menyerangnya secara seksual dalam bilik mandi.

Anggaran Waktu Membaca:
Guru tuisyen dijel 10 tahun, dirotan 24 kali kerana serang budak lelaki secara seksual

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 21 Aug 2018 10:52PM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 10:58PM

SINGAPURA: Dua bulan selepas dia menjadi guru tuisyen kepada seorang remaja lelaki berusia 13 tahun, Teo Boo Kang membawa remaja itu ke sebuah kolam renang di mana dia kemudian mencabul kehormatan remaja berkenaan dan cuba menyerangnya secara seksual dalam bilik mandi.

Teo, 49 tahun, didapati bersalah pada Selasa (21 Ogos) atas dua tuduhan cuba menyerang seorang budak bawah umur secara seksual serta satu tuduhan mencabul kehormatan budak bawah umur dan satu tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas seorang kanak-kanak.

Dalam keterangannya, mangsa yang kini berusia 15 tahun berkata bahawa beliau berkenalan dengan Teo pada Mac 2016 selepas bapanya ternampak poster yang mengiklankan khidmat tuisyen Teo sebelum mendapatkan khidmatnya. Identiti mangsa tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.

Serangan itu berlaku dua bulan selepas mangsa mula mengikuti kelas tuisyen Teo.

Ibu mangsa memberitahu mahkamah bahawa pada hari kejadian, anaknya berlari masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu sambil memberitahunya bahawa beliau berasa amat takut.

Ibu mangsa membuat aduan polis pada Jun 2016.

Pihak pendakwa raya meminta agar Teo dijatuhi hukuman penjara selama sekurang-kurangnya 10 tahun dan dirotan 27 kali, sambil mengatakan bahawa Teo ternyata sudah menyalahgunakan kuasanya dan merancang dengan lebih awal untuk melakukan perbuatan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Eunice Lau, menarik perhatian bahawa Teo pernah dihukum pada 2009, di mana dia dijatuhi hukuman penjara sehingga 16 bulan dan dirotan tiga kali atas tuduhan mencabul kehormatan.

Hakim Daerah Terence Tay menjatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun ke atas Teo. Teo juga akan dirotan 24 kali - iaitu jumlah maksimum bagi sebatan rotan yang boleh dikenakan oleh Mahkamah Daerah. Hakim Terence Tay berkata, Teo sudah melakukan "beberapa perbuatan yang kejam" dan hukuman itu mesti "mencerminkan kekejaman perbuatannya". 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan