Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Guru SG tidak sabar nantikan portal Ruang Pembelajaran Pelajar dipertingkat

Anggaran Waktu Membaca:
Guru SG tidak sabar nantikan portal Ruang Pembelajaran Pelajar dipertingkat

Ruang Belajar Pelajar Singapura (SLS) dirintis di 62 sekolah rendah dan menengah pada bulan Ogos tahun lalu. (Gambar: Tan Si Hui)

SINGAPURA: Para guru di Singapura berkongsi mereka sudah tidak sabar menantikan peningkatan kepada portal Ruang Pembelajaran Pelajar (SLS) kerana ia dapat membuka kaedah pembelajaran yang baru.

Kementerian Pendidikan (MOE) sebelum ini mengumumkan, pihaknya bakal melancarkan sistem Kecerdasan Buatan (AI)secara berperingkat bagi menyokong pendidik mengajar dengan lebih berkesan.

Di Sekolah Menengah Temasek, kaedah lebih interaktif secara digital dipilih untuk mendidik pelajar.

Dengan bimibingan guru mereka, Dr Jasline Presilda, para pelajar merakam jawapan lisan mereka,sebelum dimuat naik ke dalam portal SLS untuk diberi markah.

Berbekalkan pengalaman dalam AI dan bantuan komputer, beliau cenderung memanfaatkan teknologi untuk pelajaran yang lebih bermutu dan fleksibel.

Para guru juga boleh membuat pembelajaran lebih menarik melalui permainan dan sesi kuiz di portal SLS.

Di Sekolah Rendah Evergreen contohnya, portal SLS yang dipertingkat terbukti dapat lebih menarik penglibatan pelajar serta memberi motivasi kepada mereka untuk menghasilkan prestasi lebih baik.

"Apabila kami menggunakan teknologi dalam mengajar, ia dapat memupuk kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar kami, seperti cara pemikiran, kemahiran berkomunikasi dan bekerjasama dengan rakan yang lain.

"Satu lagi manfaat menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah pelajar dapat maklum balas dengan serta merta dan terutamanya, mereka lebih tertarik untuk belajar," kata Radin Rafeah, Ketua Jabatan Seni Visual di Sekolah Rendah Evergreen.

MOE turut percaya bahawa teknologi adalah cara untuk mencapai kemajuan dalam usaha mendidik golongan muda.

Itulah sebabnya pihaknya akan melancarkan sistem AI melalui SLS mulai suku keempat tahun ini.

Antara program yang sedang dirintis adalah Bantuan Maklum Balas Pembelajaran bagi subjek bahasa Inggeris.

Sistem AI itu akan menyemak kerja sekolah murid dan menyediakan maklum balas segera dari sudut tatabahasa asas serta ejaan.

Ini akan membolehkan guru memberi lebih tumpuan terhadap sudut pelajaran yang lebih sulit seperti ungkapan kreatif dan intonasi bahasa.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan