Guru SG kerja lebih lama, alami lebih banyak tekanan berbanding purata OECD
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Guru-guru di Singapura bekerja bagi tempoh lebih lama dan lebih cenderung mengalami tekanan berbanding purata OECD, menurut kajian.
Tinjauan Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran OECD, yang dijalankan setiap lima tahun, adalah kajian antarabangsa terbesar mengenai guru dan pengetua.
Pada 2024, 55 sistem pendidikan ditinjau, termasuk 3,500 guru Menengah 1 dan 2 di semua 145 sekolah menengah awam dan 10 sekolah menengah swasta yang dipilih secara rawak di Singapura. Singapura juga menyertai edisi 2013 dan 2018.
Kajian penanda aras skala besar seperti ini memberikan pandangan berguna mengenai perspektif dan cabaran guru serta amalan pengajaran, kata Menteri Pendidikan Desmond Lee semasa pelancaran dapatan kajian itu pada Selasa (7 Okt).
"Kita boleh memanfaatkan pandangan ini untuk membina sistem sokongan yang lebih kukuh bagi guru kita," katanya.
Kajian ini "amat berguna" bagi Singapura kerana ia menonjolkan bidang di mana negara ini meraih prestasi baik serta aspek mana yang boleh diperbaiki lagi, tambahnya.
Guru sepenuh masa di Singapura melaporkan mereka bekerja sebanyak 47.3 jam seminggu, melebihi purata OECD sebanyak 41 jam. Ini adalah sama seperti semasa kajian dijalankan pada 2018, menurut laporan tersebut.
Kajian juga mendapati 27 peratus guru di Singapura mengalami "banyak" tekanan dalam kerja mereka, lebih tinggi berbanding purata OECD sebanyak 19 peratus. Angka ini meningkat 4 mata peratusan dari 2018.
Guru bawah usia 30 tahun lebih cenderung melaporkan merasa "banyak" tekanan berbanding mereka yang berusia 50 tahun ke atas.
MASA DILUANGKAN UNTUK KERJA
Daripada guru-guru yang ditinjau, 10 peratus berkata kerja mereka memberi "banyak" kesan negatif terhadap kesihatan mental, yang hampir sama dengan purata keseluruhan.
Kajian menunjukkan tiga punca tekanan utama bagi guru di Singapura ialah:
Tekanan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan di setiap tempat kerja dan adalah tidak realistik untuk menghapuskan semua faktor tekanan, jelas Kementerian Pendidikan (MOE) sebagai respons kepada pertanyaan media.
Seperti pada 2018, kajian 2024 mendapati guru sepenuh masa menghabiskan empat jam seminggu untuk kerja pentadbiran, melebihi purata OECD tiga jam.
Mereka juga menghabiskan 6.4 jam seminggu untuk menandakan (marking) dan membetulkan kerja pelajar, turun 1.1 jam dari 2018. Purata OECD adalah 4.6 jam.
Kajian itu turut menunjukkan guru menghabiskan masa kurang mengajar dan lebih banyak membuat persediaan bagi pelajaran berbanding purata OECD.
Guru di Singapura melaporkan mereka mengajar selama 17.7 jam dan membuat persediaan bagi pelajaran selama 8.2 jam seminggu, berbanding purata OECD mengajar 22.7 jam dan membuat persediaan bagi pelajaran selama 7.4 jam.
Di Singapura, masa yang diluangkan untuk membuat persediaan bagi pelajaran meningkat 0.9 jam dari 2018, manakala masa mengajar kekal sama, menurut laporan.
MOE sedang mengkaji cara untuk meringankan beban kerja guru, menurutnya dalam kenyataan berasingan pada Selasa.
Sebelum ini, MOE menyatakan usahanya untuk mempermudah tugas bukan pengajaran sudah mengurangkan beban pentadbiran peperiksaan guru sebanyak 10 peratus.
Pada September tahun lalu, mantan Menteri Pendidikan Chan Chun Sing mengumumkan usaha rintis untuk ibu bapa menghantar sijil cuti sakit anak secara online melalui Parents Gateway, menggunakan teknologi untuk mengurangkan beban kerja guru.
Pada masa yang sama, beliau menetapkan jangkaan bahawa guru tidak sepatutnya dijangka membalas mesej berkaitan kerja di luar waktu sekolah, kecuali bagi kecemasan.
MOE juga melabur dalam ciri penandaan (marking) automatik dan alat penilaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk meringankan beban penandaan guru, menurut kenyataan terkini MOE.
"MOE akan terus membina langkah sedia ada untuk membantu guru menguruskan beban kerja dan menyokong kesejahteraan mereka."
Peruntukan jam mengajar berbanding tugas di luar bilik darjah mencerminkan "peranan unik" guru dalam sistem pendidikan Singapura yang "menekankan pembangunan holistik pelajar," menurut MOE.
"Ini tidak seharusnya dianggap sebagai guru kurang masa untuk tugas pengajaran utama, tetapi sebagai reka bentuk dasar yang memerlukan pendidik meluangkan masa untuk pembangunan bukan akademik pelajar," tambah kementerian itu.
Guru di Singapura bukan sahaja mengajar kemahiran akademik tetapi juga melibatkan pelajar dalam kegiatan luar darjah, kata MOE, sambil menarik perhatian kepada aktiviti kokurikulum yang tidak diwajibkan dalam sistem pendidikan lain.
Jelajah berasaskan pembelajaran juga merupakan sebahagian daripada teras sekitaran pembelajaran di Singapura, dan pasukan pentadbiran sekolah membantu dengan tugas pentadbiran termasuk urusan logistik supaya guru boleh fokus merancang kegiatan.
MENINGGALKAN BIDANG MENGAJAR
Kira-kira 29 peratus guru di Singapura berkata mereka bercadang meninggalkan bidang pengajaran, 2 mata peratus lebih tinggi dari purata OECD.
Daripada yang bercadang meninggalkan:
Di Singapura, 55 peratus guru setuju atau sangat setuju mereka berpuas hati dengan gaji mereka, lebih tinggi berbanding purata OECD 39 peratus.
Antara 2018 dan 2024, kepuasan guru terhadap gaji turun sebanyak 17 mata peratus, menurut kajian.
Dalam konteks ini, niat untuk meninggalkan kerjaya pengajaran, termasuk meninggalkan pekerjaan bukan pengajaran yang masih di bawah MOE, seperti ditempatkan di ibu pejabat, dan bukan meninggalkan bidang pengajaran sepenuhnya, kata Kementerian Pendidikan (MOE).
"Peluang kerjaya sebegini tidak mudah didapati dalam sistem pendidikan lain dan berguna untuk pertumbuhan profesional."
MENDAKAPI TEKNOLOGI DIGITAL
Guru di Singapura menunjukkan salah satu kadar penerimaan pengajaran online atau hibrid tertinggi, dan antara pengguna paling aktif kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan di dunia, menurut laporan.
Kira-kira 75 peratus guru yang dtinjau berkata mereka menggunakan AI untuk mengajar atau memudahkan pembelajaran pelajar, melebihi purata OECD 36 peratus.
Guru juga percaya AI boleh memberi manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran, tambah MOE.
Contohnya, 82 peratus bersetuju AI membantu mereka merangka atau memperbaiki rancangan pelajaran, dan 74 peratus setuju ia membantu mengautomasikan tugas pentadbiran, melebihi purata OECD masing-masing pada 53 peratus dan 45 peratus.
Daripada yang mengambil bahagian, 81 peratus bekerja di sekolah yang mengadakan kelas online atau hibrid sebulan sebelum kajian dijalankan antara April dan Ogos 2024, lebih tinggi dari purata OECD 16 peratus.
MOE menyatakan: "Walaupun pandemik COVID-19 memaksa guru cepat menyesuaikan diri dengan pembelajaran berasaskan rumah, guru kita telah menyepadukan alat digital dalam amalan pengajaran untuk membantu pelajar menjadi lebih berdikari dan belajar sendiri."
Apabila ditanya mengenai masa yang dijimatkan dengan menggunakan alat AI dalam pengajaran, MOE menyatakan ia mengambil masa dan usaha untuk guru belajar menggunakannya, menyepadukannya dalam kerja, dan memperbaikinya.
Setakat ini, MOE hanya mengesan penggunaan alat AI kerana sukar untuk menganggarkan masa bersih yang dijimatkan, memandangkan guru mungkin mengisi masa yang dijimatkan dengan kegiatan bermakna lain.

- Terlalu banyak kerja pentadbiran
- Terlalu banyak kerja pelajar yang perlu disemak (marking)
- Dipertanggungjawabkan terhadap pencapaian pelajar

- 71 peratus atas sebab peribadi atau keluarga
- 50 peratus mahu melanjutkan pelajaran
- 46 peratus mahu berpindah ke jawatan bukan pengajaran dalam sektor pendidikan
Di Singapura, 55 peratus guru setuju atau sangat setuju mereka berpuas hati dengan gaji mereka, lebih tinggi berbanding purata OECD 39 peratus.
Antara 2018 dan 2024, kepuasan guru terhadap gaji turun sebanyak 17 mata peratus, menurut kajian.
Dalam konteks ini, niat untuk meninggalkan kerjaya pengajaran, termasuk meninggalkan pekerjaan bukan pengajaran yang masih di bawah MOE, seperti ditempatkan di ibu pejabat, dan bukan meninggalkan bidang pengajaran sepenuhnya, kata Kementerian Pendidikan (MOE).
"Peluang kerjaya sebegini tidak mudah didapati dalam sistem pendidikan lain dan berguna untuk pertumbuhan profesional."
MENDAKAPI TEKNOLOGI DIGITAL
Guru di Singapura menunjukkan salah satu kadar penerimaan pengajaran online atau hibrid tertinggi, dan antara pengguna paling aktif kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan di dunia, menurut laporan.
Kira-kira 75 peratus guru yang dtinjau berkata mereka menggunakan AI untuk mengajar atau memudahkan pembelajaran pelajar, melebihi purata OECD 36 peratus.
Guru juga percaya AI boleh memberi manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran, tambah MOE.
Contohnya, 82 peratus bersetuju AI membantu mereka merangka atau memperbaiki rancangan pelajaran, dan 74 peratus setuju ia membantu mengautomasikan tugas pentadbiran, melebihi purata OECD masing-masing pada 53 peratus dan 45 peratus.
Daripada yang mengambil bahagian, 81 peratus bekerja di sekolah yang mengadakan kelas online atau hibrid sebulan sebelum kajian dijalankan antara April dan Ogos 2024, lebih tinggi dari purata OECD 16 peratus.
MOE menyatakan: "Walaupun pandemik COVID-19 memaksa guru cepat menyesuaikan diri dengan pembelajaran berasaskan rumah, guru kita telah menyepadukan alat digital dalam amalan pengajaran untuk membantu pelajar menjadi lebih berdikari dan belajar sendiri."
Apabila ditanya mengenai masa yang dijimatkan dengan menggunakan alat AI dalam pengajaran, MOE menyatakan ia mengambil masa dan usaha untuk guru belajar menggunakannya, menyepadukannya dalam kerja, dan memperbaikinya.
Setakat ini, MOE hanya mengesan penggunaan alat AI kerana sukar untuk menganggarkan masa bersih yang dijimatkan, memandangkan guru mungkin mengisi masa yang dijimatkan dengan kegiatan bermakna lain.
Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.