Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Guru sekolah menengah dihukum penjara; rakam 170 video bawah skirt lebih 40 rakan kerja & pelajar

Anggaran Waktu Membaca:
Guru sekolah menengah dihukum penjara; rakam 170 video bawah skirt lebih 40 rakan kerja & pelajar

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

SINGAPURA: Seorang guru sekolah menengah yang merakam kira-kira 170 video bawah skirt kedua-dua rakan sekerja dan pelajarnya di premis sekolah telah dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan dan dua minggu.

Identiti lelaki berusia 50 tahun itu yang tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah demi melindungi identiti para mangsa, mengaku bersalah pada September tahun lalu terhadap tiga tuduhan mencabul kehormatan wanita dengan merakam video bawah skirt.

Lima tuduhan serupa turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Lelaki itu mengajar di sekolah menengah berkenaan sejak 2008 dan menjadi guru disiplin pada 2015. Ketika diberkas, dia juga mengajar bahasa Mandarin. Di bawah perintah mahkamah, nama sekolah juga tidak boleh didedahkan.

Mediacorp diberitahu bahawa dia masih bekerja sebagai seorang guru walaupun dia telah digantung kerja sejak 2018.

Mediacorp sudah bertanyakan kepada Kementerian Pendidikan (MOE) tentang statusnya setelah dia dijatuhkan hukuman.

Sejerus selapas hukuman dijatuhkan pada Selasa (13 Jun), peguam bela lelaki itu, Laurance Goh berkata bahawa anak guamnya merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap hukumannya. Lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin S$15,000 sementara menunggu keputusan rayuannya.

Antara 18 April 2015 hingga 11 Julai 2018, pesalah merakam sebanyak 156 video bawah skirt sekurang-kurangnya 38 rakan sekerja yang berbeza di sekolahnya, dengan sebanyak 12 video mangsa yang sama dirakam beberapa kali.

Dia juga merakam 12 video sekurang-kurangnya tujuh pelajar perempuan berbeza di sekolah itu.

Bagi setiap tuduhan merakam video bawah skirt rakan sekerja dan para pelajarnya, guru itu boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan