Skip to main content

Singapura

Guru prasekolah mengaku bersalah sengaja cederakan kanak-kanak 20 bulan

Seorang guru prasekolah yang dengan sengaja menyebabkan seorang kanak-kanak kecil tersungkur beberapa kali, mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya pada Isnin (16 Jun).
 

Anggaran Waktu Membaca:
Guru prasekolah mengaku bersalah sengaja cederakan kanak-kanak 20 bulan

Saiidah Kamarudin tiba di Mahkamah Negara pada 16 Jun 2025. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

SINGAPURA: Seorang guru prasekolah yang dengan sengaja menyebabkan seorang kanak-kanak kecil tersungkur beberapa kali, mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya pada Isnin (16 Jun).

Akibat terjatuh, hidung kanak-kanak berusia 20 bulan itu berdarah dan beliau mengalami lebam pada mukanya.

Saiidah Kamarudin, 34 tahun mengaku bersalah atas satu daripada dua tuduhan mendera kanak-kanak perempuan itu, menyebabkan kesakitan dan kecederaan tidak sewajarnya.

Saiidah pada awalnya memohon dibicarakan namun memutuskan untuk mengaku bersalah pada hari pertama selepas beberapa penangguhan.

Nama mangsa dan pusat jagaan kanak-kanak yang dihadirinya tidak boleh didedahkan untuk melindungi identiti mangsa.

Saiidah akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 28 Julai untuk dijatuhi hukuman.

Bagi kesalahan mendera kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, pesalah boleh dipenjara sehingga lapan tahun, atau didenda sehingga S$8,000, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita