Guru prasekolah alu-alukan CCTV wajib di dalam kelas, namun ada yang bimbang ibu bapa salahguna sistem
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Guru prasekolah secara keseluruhannya mengalu-alukan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) di dalam bilik darjah sebagai satu "alat perlindungan" terhadap dakwaan ibu bapa jika berlaku pertikaian mengenai salah laku guru.
Namun, sesetengah guru menekankan peri pentingnya sifat saling mempercayai antara pendidik dan ibu bapa, dan memberi amaran terhadap potensi penyalahgunaan rakaman CCTV — di mana ibu bapa mungkin "menuntut" untuk melihat rakaman walaupun bagi "insiden remeh".
Beberapa guru juga menimbulkan kebimbangan tentang pengawasan berlebihan daripada pengurus pusat dan pengetua prasekolah, yang mereka bimbang boleh menyebabkan "banyak tekanan mental".
Mediacorp menghubungi tujuh guru pada Selasa (5 Sep), selepas pengumuman Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) minggu lalu bahawa semua prasekolah dan pusat intervensi awal yang dibiayai pemerintah dipasang kamera CCTV mulai 1 Julai tahun depan.
Pengumuman agensi itu dibuat di tengah-tengah kekecohan orang ramai berhubung laporan baru-baru ini mengenai dakwaan kes penderaan kanak-kanak yang muncul di cawangan Kinderland's Woodlands dan Chua Chu Kang.
Namun begitu, ECDA menambah mandat itu adalah sebahagian daripada semakan tetapnya terhadap langkah keselamatan dalam sektor awal kanak-kanak.
Malah, pada Februari lalu pihaknya telah memaklumkan kepada pengendali prasekolah mengenai pemasangan mandatori CCTV, dan berkata bahawa langkah tersebut bukan disebabkan insiden baru-baru ini mengenai keselamatan kanak-kanak.
RAKAMAN CCTV BOLEH HURAIKAN PERTIKAIAN
Bagi kebanyakan guru prasekolah, adanya kamera CCTV bukanlah satu perkara baru.
Menurut Cik Low, yang enggan memberikan nama penuhnya, dalam tempoh empat tahun beliau bekerja sebagai pendidik, semua tempat kerjanya sudah pun memasang kamera CCTV.
Tambah Cik Low, keselamatan kanak-kanak di bawah jagaannya adalah keutamaan beliau.
Memasang kamera CCTV boleh membantu guru memberikan penjelasan yang tepat kepada ibu bapa apabila kemalangan berlaku, atau jika kanak-kanak cedera tanpa pengetahuan guru, tambahnya.
Pandangan beliau dikongsi beberapa lagi guru yang ditemu bual, kerana menurut mereka 'tiada apa yang perlu disembunyikan'.
Cik Li Xiaohong, 42 tahun, yang telah bekerja dalam sektor awal kanak-kanak selama tiga tahun, turut berkata: "Selagi guru tidak melakukan sebarang salah laku, ia adalah perlindungan untuk guru".
Seorang lagi guru prasekolah yang hanya mahu dikenali dengan singkatan AT berkata: "Saya fikir ia satu langkah yang baik kerana memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa dan membantu menjelaskan situasi."
Lelaki berusia 29 tahun itu menambah bahawa memasang kamera CCTV tidak akan mengubah caranya bekerja atau berinteraksi dengan pelajar.
Ibu bapa yang menghantar anak mereka ke prasekolah juga mengalu-alukan pemasangan kamera CCTV sebagai "inisiatif baik" yang akan memberikan lebih ketenangan.
Cik Judy Zhu, 38 tahun, yang anak lelakinya menghadiri Kinderland @ Woodlands Mart, memberitahu Mediacorp beliau tidak menganggap mempunyai kamera CCTV sebagai keperluan wajib apabila memilih prasekolah anaknya sebelum ini.
"Namun kejadian ini telah mengubah perspektif saya," kata Cik Zhu.
Namun, beliau tidak berhasrat untuk mengeluarkan anaknya dari pusat itu buat masa ini — terutamanya kerana pihak sekolah telah memaklumkan kepada ibu bapa pada mesyuarat Sabtu lalu bahawa ia telah memasang kamera di semua bilik darjahnya.
Menurut Cik Zhu beliau akan hanya meminta untuk melihat rakaman CCTV jika anaknya "cedera parah, atau... sangat berkeras untuk tidak pergi ke sekolah", atau jika diberitahu dirinya atau rakan sedarjah telah didera guru.
Ibu kepada tiga anak, Cik Ai Leen Fung, 38 tahun, pula berkata bahawa CCTV amat berguna dalam menjadi 'saksi' tentang apa yang berlaku dalam kelas atau apabila "kanak-kanak terlalu muda untuk dapat mengatakan dengan tepat apa yang berlaku atau di mana dia cedera".
DITONTON 24/7
Walaupun kebanyakan guru dan ibu bapa yang ditemui Mediacorp mengalu-alukan pemasangan CCTV mandatori, ada yang memberi amaran terhadap potensi penyalahgunaannya oleh ibu bapa.
"Sesetengah ibu bapa boleh menjadi sangat 'mendesak'. Dengan adanya CCTV, mereka boleh menggunakan peluang ini untuk menuntut rakaman walaupun insiden remeh yang berlaku kepada anak mereka di sekolah,” kata Cik Low.
Beberapa pendidik juga berkongsi kebimbangan diletakkan di bawah pengawasan berlebihan oleh pengurus pusat dan pengetua prasekolah, yang mereka bimbang boleh menyebabkan "tekanan mental" yang tidak perlu.
Seorang guru prasekolah, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Natasha, akur bahawa kamera CCTV boleh "menjaga kedua-dua guru dan kanak-kanak", tetapi menambah bahawa secara peribadi beliau tidak biasa mempunyai kamera CCTV di dalam bilik darjahnya, dan tidak tahu sama ada "bersedia untuk ditonton 24/7".
Beliau juga melahirkan kebimbangan tentang privasi dan bagaimana ibu bapa "mungkin menyalahgunakan kuasa untuk melihat rakaman CCTV".
Tambahnya, ini juga boleh menjejaskan kepercayaan ibu bapa terhadap pendidik.
Menurut garis panduan ECDA, akses kepada rakaman CCTV diberikan hanya untuk tujuan "menjelaskan maklum balas", atau untuk membantu dalam siasatan insiden serius dalam premis prasekolah.
Rakaman itu ditonton dengan kehadiran orang yang diberi kuasa dari sekolah, dan tiada rakaman dibenarkan. Wajah kanak-kanak lain juga dikaburkan apabila sebarang rakaman dilihat oleh ibu bapa.

Sumber : Today/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.