Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Guru piano yang dituduh cabul pelajar 5 tahun mengaku bersalah kepada tuduhan lebih ringan

Seorang guru piano sambilan yang pada mulanya dituduh melakukan serangan seksual pada Selasa (23 Apr) mengaku bersalah atas satu tuduhan lebih ringan, mencabul kehormatan seorang murid perempuannya yang berusia lima tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Guru piano yang dituduh cabul pelajar 5 tahun mengaku bersalah kepada tuduhan lebih ringan

(Gambar: Unsplash/Siniz Kim)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 06:16PM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 06:20PM

SINGAPURA: Seorang guru piano sambilan yang pada mulanya dituduh melakukan serangan seksual pada Selasa (23 Apr) mengaku bersalah atas satu tuduhan lebih ringan, mencabul kehormatan seorang murid perempuannya yang berusia lima tahun.

Dia mengaku mencabul kehormatan budak tersebut semasa satu kelas piano di sebuah studio yang tidak dinamakan dalam dokumen-dokumen mahkamah, pada November 2016 setelah memberitahu kanak-kanak berkenaan untuk duduk dengan cara yang betul.

Lelaki berusia 21 tahun itu tidak boleh didedahkan namanya disebabkan oleh perintah mahkamah bagi melindungi mangsa daripada dikenal pasti.

Lelaki itu mula bekerja sebagai guru piano sambilan di studio tersebut. Dia mula mengajar sekitar Jun 2016, sama ada di studio itu atau di rumah pelajar.

Mangsa mula mengikuti kelas di studio tersebut sejak berusia empat tahun dan diajar tertuduh setelah guru asalnya berhenti mengajar. Kanak-kanak itu merupakan pelajar paling muda dan satu-satunya pelajar perempuan dalam kelas yang diajar tertuduh secara berasingan.

Semasa dalam kelas, dia memberitahu budak itu untuk membaiki cara dia duduk ketika bermain piano. Dia kemudian mencabul budak tersebut.

Ibu mangsa mendapat tahu tentang insiden tersebut apabila anaknya berada dalam tandas bagi jangka masa yang lama. Beliau kemudian mendapati anaknya menangis kerana berasa sakit ketika cuba membuang air kecil.

Dia memberitahu ibunya apa yang telah berlaku dan ayah budak berkenaan menelefon polis yang memberkas guru piano itu.

Atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah terhadap kanak-kanak perempuan lima tahun itu untuk mencabul kehormatan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun,didenda, disebat, atau gabungan hukuman tersebut. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan