Guru Pendidikan Khas akan dihulur lebih banyak bantuan bagi pertingkat kepakaran
Guru-guru Pendidikan Khas bakal mendapat lebih banyak bantuan untuk memperkukuhkan kepakaran mereka.
SINGAPURA: Guru-guru Pendidikan Khas bakal mendapat lebih banyak bantuan untuk memperkukuhkan kepakaran mereka.
Skim 'The Journey's Package' bakal menyertakan rancangan latihan bagi memperkaya pengetahuan dan pembangunan guru-guru.
Ia juga akan menawarkan lebih banyak peluang kemajuan kerjaya.
Gaji para guru Sekolah-Sekolah Pendidikan Khas atau SPED akan disemak semula dari semasa ke semasa supaya setimpal dengan keupayaan mereka dan bagi memastikan persaingan dalam pasaran.
Dalam dua tahun mendatang, guru-guru baru akan menjalani kursus Diploma Pendidikan Khas yang dipertingkat.
Kursus selama setahun itu akan meningkatkan sokongan kepada guru-guru baru sedang mereka mempelajari cara-cara membimbing pelajar berkeperluan khas.
Perubahan tersebut menyusuli satu semakan amalan sumber tenaga manusia.
Ia kerana ada keperluan untuk menjadikan kemajuan kerjaya dalam sektor tersebut, lebih berstruktur.
Menteri Negara Pendidikan Sun Xueling berkata, guru-guru SPED perlu dan layak disediakan dengan rangka kerja kerjaya dan struktur gaji yang setimpal dengan tuntutan pengajaran yang lebih tinggi dalam memenuhi keperluan pelajar-pelajar mereka yang kompleks.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.