Guru, pembangun sofwe kekal antara pekerjaan paling dapat permintaan seiring peluasan AI di SG
Guru dan pembangun sofwe kekal antara golongan karyawan yang paling mendapat permintaan di Singapura pada 2025, didorong oleh pertumbuhan sektor-sektor seperti maklumat dan komunikasi, serta perkhidmatan kewangan dan insurans.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Guru dan pembangun sofwe kekal antara golongan karyawan yang paling mendapat permintaan di Singapura pada 2025, didorong oleh pertumbuhan sektor-sektor seperti maklumat dan komunikasi, serta perkhidmatan kewangan dan insurans.
Data daripada tinjauan kekosongan pekerjaan dan pasaran buruh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), yang dikeluarkan pada Selasa (30 Dis), menunjukkan bahawa karyawan pengajaran dan latihan serta pembangun sofwe, web dan multimedia mendahului senarai kekosongan pekerjaan bagi golongan profesional, pengurus, eksekutif dan juruteknik (PMET) pada 2025.
Secara keseluruhan, permintaan terhadap PMET kekal tinggi berbanding sedekad lalu, merangkumi lebih separuh daripada semua kekosongan pekerjaan.
Sedang Singapura terus memperluaskan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan alat digital, permintaan terhadap set kemahiran khusus - termasuk tadbir urus AI dan pembelajaran mesin - dijangka meningkat.
“KEMAHIRAN MERUPAKAN MATA WANG BAHARU”
Para pemerhati industri berkata, permintaan yang kukuh itu mencerminkan nilai yang semakin tinggi yang diletakkan pada kemahiran khusus dan kesediaan bagi masa depan.
“Kemahiran merupakan mata wang baharu dalam pasaran buruh. Ini bukan kemahiran yang mudah diperoleh. Ia merupakan teras kepada strategi ekonomi Singapura,” kata Encik Dhilip Kumar, ketua perkongsian bakat strategik bagi Asia Tenggara di Aon Consulting, sebuah syarikat perundingan modal insan dan risiko global.
“Sebagai contoh, sektor maklumat dan komunikasi menyokong transformasi digital rentas industri, manakala sektor kewangan menjadi tunjang kepada perdagangan dan pelaburan serantau. Bidang pengajaran dan pembangunan sofwe pula mencerminkan keperluan membina bakat untuk masa depan,” tambah beliau.
Encik Kumar menjangkakan persaingan bagi mendapatkan bakat akan kekal sengit pada 2026, khususnya dalam bidang kemampanan, penjagaan kesihatan dan tadbir urus AI.
“Tahun 2026 akan menjadi tahun bagi pekerjaan hijau, teknologi kesihatan dan peranan berkaitan risiko AI, kerana apabila AI semakin berkembang, keperluan terhadap kawalan, perlindungan dan tadbir urus akan menjadi semakin penting … persaingan untuk mendapatkan kemahiran terhad tidak akan reda,” kata beliau.
Beliau menambah bahawa permintaan terhadap peranan dalam bidang AI, pembelajaran mesin, keselamatan siber serta risiko dan pematuhan data akan terus meningkat apabila syarikat-syarikat, khususnya dalam sektor kewangan, mengguna pakai automasi dan pengkomputeran cloud.
PERSAINGAN BAGI PERANAN TADBIR URUS AI
Persaingan untuk mendapatkan bakat juga semakin sengit dalam sektor teknologi, malah peranan-peranan umum, seperti jurutera sowfe dan saintis data, kini mula menyenaraikan pengalaman dalam bidang AI sebagai satu keperluan, menurut para perekrut.
Syarikat-syarikat teknologi juga kini mewujudkan peranan baharu dan mencari lebih ramai pekerja yang mempunyai kepakaran dalam tadbir urus AI dan keselamatan siber, di tengah-tengah kekurangan pakar dalam bidang tersebut di pasaran.
Para perunding sumber manusia menganggarkan permintaan bagi peranan itu meningkat sekitar lima hingga 10 peratus dari tahun ke tahun.
“Bagi calon yang berdaya saing di pasaran, mereka selalunya mempunyai beberapa tawaran secara serentak, menjadikan persaingan untuk mendapatkan bakat berkualiti lebih sengit,” kata Neo Miao Xia, seorang perekrut teknologi di Michael Page.
Bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja, syarikat-syarikat sanggup membayar sehingga 20 peratus lebih tinggi bagi peranan berkaitan AI berbanding jawatan teknologi umum, dengan gaji tahunan antara S$110,000 hingga S$210,000.
Tempoh mengisi sesuatu jawatan pula bergantung pada pangkat dan tahap pengkhususan peranan tersebut, kata Encik Rumi Mohd, pengarah bersekutu di syarikat pengambilan pekerja Randstad Singapore.
“Jika saya dapat menggajikan seorang individu setiap empat minggu, saya sudah berpuas hati. Namun, peranan khusus seperti ini sangat bergantung pada peringkat jawatan. Jadi jika anda melihat bagi pakar atau eksekutif AI … saya berfikir peringkat pertengahan mungkin mengambil masa antara satu hingga tiga bulan.”
Beliau menambah bahawa pengambilan calon yang lebih kanan dengan pengalaman bersama syarikat pemula boleh mengambil masa sehingga empat bulan.
Para perekrut turut melihat perubahan yang lebih meluas dalam keutamaan pengambilan pekerja, dengan para majikan memberi lebih penekanan terhadap pengalaman praktikal dan kebolehsuaian.
“Syarikat kini beralih daripada terlalu menekankan pensijilan atau ijazah tradisional kepada projek-projek yang pernah dikendalikan … serta pensijilan daripada pelbagai penyedia yang menunjukkan keupayaan teknologi anda … berbanding pendidikan formal,” kata Encik Rumi.
KEKURANGAN BAKAT MUNGKIN KEKANG ASPIRASI AI
Namun, para pemain industri memberi amaran bahawa Singapura mungkin perlu melakukan lebih banyak usaha untuk memupuk dan menarik bakat yang mencukupi bagi menyokong aspirasi AI negara.
“Saya tidak fikir pada kadar graduan kita sekarang, kita mempunyai sumber yang mencukupi,” kata Dr David Leong, pengarah urusan syarikat pengambilan pekerja PeopleWorldwide Consulting.
Beliau turut merujuk kepada jumlah graduan yang besar di China serta peluasan pesat saluran bakat AI negara itu, sambil membandingkannya dengan asas graduan Singapura yang lebih kecil.
“Untuk Singapura bersaing dari segi memiliki bakat yang mencukupi … kita perlu terbuka untuk menggajikan lebih ramai bakat sedemikian.”
Pada masa yang sama, Dr Leong berkata sekolah-sekolah akan memainkan peranan penting dalam membangunkan bakat AI masa depan, dengan AI dijangka semakin disepadukan dalam pendidikan.
“Para pelajar akan terdedah kepada pembelajaran AI. AI akan menjadi sebahagian daripada kurikulum, dan perkara itu akan berlaku secara semula jadi,” kata beliau.
“Itu juga bermakna para guru perlu melalui banyak latihan berkaitan AI supaya mereka dapat menyampaikan penggunaan AI kepada para pelajar.”
PEMBINAAN DAHULUI PERMINTAAN BUKAN PMET
Di luar peranan PMET, MOM turut menyorot peningkatan permintaan bagi pekerja bukan PMET, khususnya dalam sektor pembinaan.
Buruh pembinaan mendahului senarai kekosongan pekerjaan bukan PMET pada 2025, didorong oleh peningkatan projek infrastruktur seperti naik taraf rangkaian pengangkutan.
Encik Kumar dari Aon Consulting berkata, usaha menarik pekerja ke dalam peranan tersebut memerlukan perubahan tanggapan berhubung kerjaya pembinaan.
“Untuk menarik bakat ke dalam sektor ini, kita perlu menjenamakan semula sebahagian pekerjaan ini sebagai kerjaya berkemahiran dan berteraskan teknologi, dengan menonjolkan penggunaan peralatan moden serta piawaian keselamatan yang diperlukan untuk kemajuan kerjaya,” kata beliau.
Syarikat-syarikat juga boleh menjadikan peranan sedemikian lebih menarik dengan menawarkan latihan berstruktur atau mengaitkannya dengan projek-projek kemampanan, tambah beliau.
“Sebagai contoh, penggunaan dron dalam pembinaan atau keselamatan digital dalam pembinaan siap dipasang dengan latihan berstruktur, supaya disiplin ini menjadi lebih lumayan,” kata beliau.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.