Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Guru mengaku pukul budak 1 tahun, tampar muka dan hempasnya ke lantai

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang guru khidmat penjagaan bayi mendera seorang budak lelaki berusia setahun dengan memukulnya, menutup kepala budak itu dengan bantal, menghempasnya ke lantai dan menampar muka kanak-kanak itu berulang kali.

Sepanjang kejadian itu, budak tersebut menangis dan badannya kemudian kelihatan berlebam, mendorong ibunya untuk menhgubungi polis.

Pesalah berusia 55 tahun itu, tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti mangsa, mengaku bersalah pada Jumaat (18 Feb) atas satu tuduhan menganiaya seorang kanak-kanak.

Tuduhan kedua melibatkan perbuatan serupa pada awal bulan itu, turut dipertimbangkan.

Lokasi kesalahan juga tidak boleh didedahkan di bawah perintah mahkamah.

Mahkamah diberitahu bahawa pesalah itu diamanahkan untuk menjaga kanak-kanak kecil berusia antara dua dengan 18 bulan sebagai sebahagian daripada tugasnya. Ini termasuk memberi mereka makan, menukar lampin, memastikan kesejahteraan mereka dan bersama mereka dalam aktiviti pendidikan.

Mangsa berusia sekitar setahun ketika pesalah menderanya pada 24 Disember 2019. Antara jam 12.30 tengah hari hingga 1.00 tengah hari, guru itu menderanya secara fizikal dalam pelbagai cara yang terakam di CCTV.

Wanita itu memukul mangsa sekurang-kurang 14 kali di bahagian belakang menggunakan satu tangan, sekurang-kurang lapan kali menggunakan kedua-dua tangannya dan sekurang-kurang dua kali membetulkan kaki budak berkenaan secara kasar.

Dia juga menutup kepala mangsa dengan bantal dan menghempas mukanya ke atas kusyen dengan kuat.

Mahkamah diberitahu perbuatan lain termasuk menggoncang budak lelaki itu dengan kasar dengan memegang lengannya sebelum menghempasnya ke lantai dalam keadaan terlentang serta menampar pipi budak tersebut sebanyak tujuh kali berturut-turut.

Budak itu mengalami kesakitan dan menangis sepanjang kejadian itu, kata pendakwa raya. Bagaimanapun, pesalah itu tidak mengendahkan tangisannya.

Wanita itu kemudian terperasan tompok merah di belakang budak itu yang bertukar menjadi lebam sejam kemudian.

Sedar bahawa ibu mangsa akan melihat luka tersebut, guru itu cuba menyembunyikan perkara tersebut dengan menghantar mesej teks kepada ibu budak tersebut untuk bertanya sama ada mangsa mempunyai "kulit yang sangat sensitif".

Dia meminta maaf kerana menepuk budak lelaki itu secara "kuat sedikit " untuk tidur dan mengatakan kulitnya kelihatan seperti "mengalami alahan".

Ibu mangsa membawanya ke hospital pada keesokan hari. Terdapat lebam yang sangat besar di bahagian belakang anaknya yang didiagnosis sebagai "kecederaan bukan kemalangan".

Prasekolah itu membayar kos rawatannya berjumlah S$139.10.

Beberapa hari kemudian ibu mangsa membuat laporan polis selepas melihat rakaman CCTV perbuatan penderaan itu bersama suaminya.

Pendakwa raya memohon agar pesalah tersebut dipenjara setahun, manakala peguam bela Azri Imran Tan dari IRB Law meminta separuh tempoh itu.

Wanita itu akan kembali ke mahkamah pada Mac untuk dijatuhkan hukuman.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan