Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Guru main peranan utama didik pelajar tentang perkauman

Kanak-kanak negara ini perlu dididik dengan lebih baik lagi tentang isu perkauman dengan guru-guru memainkan peranan utama dalam melakukan sedemikian, kata ahli-ahli panel sebuah forum tentang kaum pada Jumaat (25 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Guru main peranan utama didik pelajar tentang perkauman

Para panel forum berbincang tentang perkauman. (Gambar: Jacky Ho untuk IPS)

Diterbitkan : 26 Jun 2021 12:55PM Dikemas Kini : 26 Jun 2021 01:01PM

SINGAPURA: Kanak-kanak negara ini perlu dididik dengan lebih baik lagi tentang isu perkauman dengan guru-guru memainkan peranan utama dalam melakukan sedemikian, kata ahli-ahli panel sebuah forum tentang kaum pada Jumaat (25 Jun).

Menekankan lebih lanjut lagi, salah seorang ahli panel, Profesor Madya Daniel Goh meluahkan rasa terkejut apabila rakan-rakannya tidak boleh mengenal pasti kata-kata atau insiden-insiden berbaur perkauman di tengah-tengah kekecohan insiden-insiden sedemikian baru-baru ini.

Profesor Madya Goh mengongsi pengalamannya itu di forum yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Dasar (IPS) dan Institut Pengajian Dasar dan Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS).

Sebelum perbincangan panel bermula, penyampai ucaptama forum, Menteri Kewangan Lawrence Wong menyertai sesi soal jawab bersama Dr Shashi Jayakumar, ketua Pusat Kecemerlangan bagi Keselamatan Nasional RSIS.

Dr Shashi bertanya Encik Wong sama ada Singapura akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan pedagogi luar negara bagi menggalak pemahaman tentang kerencaman untuk menyemai sifat berbilang kaum dalam kalangan kanak-kanak di sini.

Encik Wong berkata bahawa satu kajian pada 2017 oleh para penyelidik Universiti Teknologi Nasional (NTU) menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah lebih cenderung untuk bersama kaum yang sama adalah satu peringatan bahawa ia "sifat semula jadi manusia untuk rasa lebih senang bersama mereka yang serupa".

Meskipun Singapura harus terbuka kepada pedagogi mendidik kanak-kanak untuk menghargai kepelbagaian, pedagogi-pedagogi itu tidak seharusnya diambil bulat-bulat dari negara-negara lain tetapi disesuaikan dengan konteks tempatan, tambah Encik Wong.

GENERASI MUDA MEMANDANG RINGAN ISU PERKAUMAN

Sewaktu perbincangan panel, Profesor Madya Goh berkata bahawa generasi muda menganggap perkauman adalah sesuatu yang berlaku pada masa lalu dan biasanya memandang ringan terhadap isu perkauman. Oleh sebab itu, kebanyakan kaum Cina tidak memahami apa itu isu perkauman.

Oleh itu, tambah beliau, ia penting untuk mengajar generasi muda bagaimana untuk mengenal pasti kejadian berbaur perkauman terutama sekali mereka dari kaum majoriti yang tidak mengalami insiden-insiden berbaur perkauman dalam kehidupan seharian mereka.

Ahli sosiologi NTU Dr Laavanya Kathiravelu turut berkata bahawa selain memperkenalkan perkauman sebagai topik yang diajar di sekolah-sekolah, institut-institut pendidikan juga harus melatih guru-guru untuk mengesan dan berhati-hati akan prasangka mereka sendiri.

Perubahan-perubahan di peringkat institusi itu akan mempengaruhi cara orang ramai berfikir di peringkat individu, tambah beliau.

Namun, ahli sosiologi Profesor Paulin Straughan bertanya sama ada mengajar topik perkauman di sekolah-sekolah akan meletakkan tekanan kepada para guru yang memang sudah dibebani dengan pelbagai tanggungjawab.

Menjawab pertanyaan itu, Dr Laavanya berkata kaunselor sekolah dan para pendidik lain dalam sesebuah institusi juga boleh mendidik para murid tentang perkauman.

Prof Madya Goh juga menambah bahawa para guru seharusnya diberi sumber-sumber untuk mengajar para pelajar tentang isu-isu berbaur perkauman. Misalnya, Kementerian Pendidikan boleh menyiapkan kit antiperkauman untuk membantu mereka mengajar para pelajar mengenal pasti kejadian yang berbaur perkauman.

Ditanya apa lagi boleh dilakukan untuk membantu golongan muda mengenal pasti kata-kata berbaur perkauman, beliau berkata institusi-institusi lain yang jarang berbincang tentang isu-isu sedemikian boleh tampil menganjurkan forum dan bengkel-bengkel berhubung isu itu. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan