Guru lelaki dihukum penjara 3 minggu kerana hantar mesej mainan seks kepada pelajar lelaki 15 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Pixabay/Pexels
SINGAPURA: Seorang guru berusia 64 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga minggu selepas dia menghantar mesej berunsur seksual kepada pelajar lelakinya yang berusia 15 tahun mengenai mainan seks.
Pada Khamis (12 Okt), lelaki itu mengaku bersalah atas satu tuduhan eksploitasi seksual terhadap seorang kanak-kanak di bawah umur 16 tahun.
Pesalah dan mangsa tidak boleh dinamakan kerana perintah "gag order" untuk melindungi identiti mangsa.
TODAY telah meminta Kementerian Pendidikan (MOE) untuk mengulas mengenai status lelaki itu sebagai guru, setelah dia kini disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Lee Da Zhuan memberitahu mahkamah bahawa guru itu mengenali mangsa pada 2020 ketika mangsa merupakan pelajar Menengah 1.
Mereka mempunyai hubungan guru-pelajar.
Menjelang akhir tahun 2022, guru itu mula menghantar mesej kepada pelajar itu mengenai topik seksual termasuk penggunaan mainan seks.
Dokumen mahkamah tidak menyatakan berapa lama guru itu telah menghantar mesej kepada pelajarnya.
Namun, DPP Lee memetik dua kejadian pada 28 November 2022 dan 28 Januari 2023 di mana guru itu telah menghantar mesej berunsur seksual, termasuk video mainan seks.
"Mangsa terkejut dengan mesej tertuduh dan berasa dieksploitasi secara seksual," kata DPP Lee.
Pada 27 Februari 2023, mangsa telah membuat laporan polis berhubung tindakan gurunya itu.
Pihak pendakwaan memohon hukuman penjara sekurang-kurangnya sebulan, dengan menyatakan bahawa guru itu telah menyalahgunakan kepercayaan atau kuasa ke atas mangsa.
"Tertuduh telah bertindak bertentangan dengan tanggungjawabnya terhadap mangsa sebagai gurunya dengan mengambil kesempatan ke atas mangsa, melakukan amang seksual terhadap mangsa beberapa kali," kata DPP Lee.
Bagi eksploitasi seksual seorang kanak-kanak di bawah umur 16 tahun, guru itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/EV/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.