Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Guru, ibu bapa, masyarakat perlu tarik minat kanak-kanak dalam pembelajaran bahasa ibunda

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Aug 2022 07:30PM Dikemas Kini : 27 Aug 2022 10:08PM
SINGAPURA: Guru, ibu bapa dan masyarakat perlu mencari cara-cara inovatif untuk menarik minat generasi muda untuk belajar bahasa ibunda mereka di luar bilik darjah.

Ia termasuk dengan memanfaatkan trend-trend terkini untuk cetuskan minat.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing juga berkata Rangka Kerja Memupuk Pelajar pada Peringkat Awal (NEL) yang baru dikemas kini akan mengiktiraf pentingnya dwibahasa bagi kanak-kanak.

Rangka Kerja itu akan dilancarkan pada akhir tahun 2022.

"Di bawah rangka kerja NEL yang dikemas kini, pembelajaran Bahasa Ibunda mahu menimbulkan kesedaran serta memupuk penghargaan kanak-kanak terhadap budaya etnik tempatan," kata Encik Chan.

"Misalnya, aktiviti interaktif dan menarik yang menggunakan cerita dan lagu-lagu dalam konteks tempatan akan membolehkan kanak-kanak sejak kecil lagi mempelajari tentang adat, tradisi dan perayaan tempatan di Singapura," tambah beliau.

Encik Chan berkata demikian di Simposium Bahasa Ibunda ke-11 pada Sabtu (27 Ogos) di mana 14 guru prasekolah menerima anugerah.

Guru-guru itu diiktiraf kerana usaha mereka menjadikan pembelajaran bahasa ibunda lebih menarik.
Sumber : CNA/IA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan