Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Guru didakwa lakukan aksi seks ke atas pelajar 14 tahun

Seorang guru sekolah berusia 38 tahun didakwa di mahkamah daerah pada Jumaat (24 Apr) kerana melakukan serangan seksual ke atas seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, bulan lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Guru didakwa lakukan aksi seks ke atas pelajar 14 tahun

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 28 Apr 2020 01:37PM Dikemas Kini : 28 Apr 2020 01:39PM

SINGAPURA: Seorang guru sekolah berusia 38 tahun didakwa di mahkamah daerah pada Jumaat (24 Apr) kerana melakukan serangan seksual ke atas seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, bulan lalu.

Menurut dokumen mahkamah, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan seks ke atas remaja lelaki berkenaan di sebuah bilik air tandas lelaki yang dikhususkan untuk orang kurang upaya. Kejadian itu berlaku di bangunan pejabat Junction 8 di Bishan pada sekitar 4.00 petang, 2 Mac.

Nama lelaki warga Singapura itu tidak boleh didedahkan, mengikut arahan mahkamah untuk melindungi identiti pelajar lelaki tersebut kerana guru itu mengajar di sekolah yang sama dihadiri remaja berkenaan, kata Hakim Daerah Lorraine Ho pada Jumaat.

Seorang pendakwa polis memberitahu mahkamah lelaki itu dipercayai "terlibat dalam beberapa kes serupa" dan ada risiko identiti mangsa didedahkan jika lelaki tersebut dinamakan.

Atas dasar ini, nama sekolah itu juga tidak boleh didedahkan. Jenis serta tempat terletaknya sekolah tersebut juga tidak didedahkan. Kewarganegaraan mangsa yang didakwa juga tidak diberitahu.

Hakim mengarahkan tertuduh diletakkan dalam tahanan reman dan siasatan lanjut ke atas tuduhan-tuduhan ke atasnya sedang dijalankan.

Jika disabit kesalahan melakukan serangan seksual dengan penetrasi, lelaki itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda atau disebat 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan