Skip to main content

Singapura

Guru boleh guna semula Zoom secara 'bertahap', laporan polis dibuat berhubung pencerobohan

Penggunaan aplikasi Zoom bagi pembelajaran di rumah akan disambung secara "bertahap" dengan langkah keselamatan dipertingkat, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Isnin (13 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Guru boleh guna semula Zoom secara 'bertahap', laporan polis dibuat berhubung pencerobohan

(Gambar fail: Reuters/Carlo Allegri)

Diterbitkan : 13 Apr 2020 08:53PM Dikemas Kini : 13 Apr 2020 08:57PM

SINGAPURA: Penggunaan aplikasi Zoom bagi pembelajaran di rumah akan disambung secara "bertahap" dengan langkah keselamatan dipertingkat, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Isnin (13 Apr).

Penggunaan alat persidangan video itu digantung sementara minggu lalu, selepas kejadian penggodam menceroboh masuk dan menunjukkan gambar lucah kepada
beberapa pelajar.

Salah satu kejadian berlaku semasa satu kelas sekolah menengah bagi mata pelajaran Geografi dijalankan di Zoom. Gambar-gambar lucah dipancarkan di skrin dan dua lelaki meminta pelajar perempuan menayangkan tubuh mereka.

Menjawab soalan Mediacorp, seorang pegawai MOE berkata kementerian itu memandang isu pencerobohan keselamatan itu sebagai "sangat serius".

Bagaimanapun dengan sekolah di Singapura menjalankan pembelajaran di rumah sepenuhnya di tengah wabak COVID-10, wadah persidangan video merupakan alat penting bagi guru mendampingi pelajar, jelas pengarah divisyen Teknologi Pendidikan di MOE, Aaron Loh.

Maka itu, MOE sudah menyemak dan memperketat protokol keselamatan dan membenarkan guru "menyambung secara bertahap" penggunaan Zoom.

Beliau menjelaskan tiga "tahap pertahanan" untuk memperkukuh keselamatan.

Pertama, pihak kementerian bekerjasama dengan Zoom untuk merangkumkan semua pilihan keselamatan menjadi satu "butang keselamatan" bagi memudahkan lagi pengguna mengaktifkan pilihan itu.

MOE juga mengawal pilihan keselamatan para guru pada aplikasi Zoom untuk memastikan keseragaman.

Kementerian tersebut juga akan menyekat fungsi tertentu yang boleh digunakan dalam aplikasi itu demi mengelak salah guna.

Fungsi-fungsi itu akan dihidupkan semula secara bertahap sejajar dengan kelemahan keselamatan yang ditangani dan sedang lebih ramai pengguna memahami protokol keselamatan, tambah MOH.

Para guru juga perlu menyerahkan pengisytiharan pematuhan pada protokol keselamatan baru sebelum melakukan kelas secara langsung di Zoom. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita