Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Guru agama' dijangkiti HIV dijel, disebat kerana dera kanak-kanak lelaki bawah umur secara seksual

Anggaran Waktu Membaca:
'Guru agama' dijangkiti HIV dijel, disebat kerana dera kanak-kanak lelaki bawah umur secara seksual

Mahkamah Tinggi di Singapura pada 9 Nov 2021. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 23 Jan 2024 07:19PM Dikemas Kini : 23 Jan 2024 07:20PM
SINGAPURA: Seorang individu yang mendakwa dirinya guru agama yang dijangkiti HIV, dijatuhi hukuman penjara selama 21 setengah tahun dan enam sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi pada Selasa (23 Jan) kerana mendera tiga kanak-kanak lelaki secara seksual.

Lelaki warga Singapura berusia 35 tahun itu tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti kanak-kanak lelaki tersebut, yang berada dalam lingkungan usia 11 dengan 16 tahun ketika kesalahan tersebut dilakukan.
Dia berjumpa dengan budak-budak lelaki tersebut di wadah Grindr, dengan bermain permainan video atau menerusi Instagram.

Dia mendera mereka secara seksual selama beberapa tahun sejak 2014, menawarkan mereka hadiah, termasuk PlayStation terpakai atau kredit permainan.

Lelaki terbabit mengaku bersalah pada September terhadap tiga tuduhan melakukan penetrasi seksual ke atas individu bawah umur, dengan 18 tuduhan lagi diambil kira dalam menentukan hukuman.

Pesalah tersebut bekerja secara sambilan, menyediakan kelas tuisyen agama dan bahasa Arab di rumah, di samping menghantar makanan sejak 2013.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menyatakan bahawa lelaki tersebut "mendakwa dirinya" sebagai seorang guru agama dan tidak pernah didaftar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).

Atas sebab itu, dia juga tidak mempunyai pentauliahan untuk menawarkan sebarang bentuk panduan dan bimbingan agama di Singapura, tegas MUIS.

Pesalah tersebut terus melakukan jenayah seksualnya terhadap seorang mangsa bahkan selepas menyedari pada Februari 2019 bahawa dia dijangkiti HIV daripada seorang pasangan dewasa.

Salah seorang daripada mangsa pesalah tersebut diuji positif bagi HIV, tetapi kaitan antara kedua-dua diagnosis tidak dapat ditentukan, dengan peguam belanya mempertikaikan bahawa klien tersebut telah menjangkiti budak lelaki itu.

Lelaki tersebut ditangkap secara kebetulan pada Jun 2019 apabila pegawai polis yang sedang melakukan rondaan membuat pemeriksaan mengejut selepas mendapati pesalah itu sedang minum arak bersama beberapa budak lelaki berdekatan dengan Pantai Changi.

Pegawai tersebut menemui ponografi kanak-kanak dalam telefon bimbit pesalah itu, serta kiriman teks, di mana dia menawarkan wang S$75 untuk melakukan adegan seks dengan seorang lelaki.

Lelaki terbabit didiagnos dengan gangguan pedofilia dan dinilai berisiko sederhana hingga tinggi mengulangi kesalahannya, memandangkan dia mempunyai "sejarah kelucahan seksual, akses mudah kepada dan melakukan pengantunan terhadap pelbagai mangsa bagi seks".
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan