'Guru agama' dera kanak-kanak lelaki secara seksual tidak bertauliah ARS
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lelaki yang mengaku bersalah dera kanak-kanak lelaki secara seksual dan mendakwa dirinya guru agama, tidak pernah berdaftar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).
Demikian jelas Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Isnin (11 Sep) sebagai menjawab pertanyaan media.
Atas sebab itu, lelaki berkenaan tidak mempunyai pentauliahan untuk menawarkan sebarang bentuk panduan dan bimbingan agama di Singapura, tegas MUIS.
Sebelum ini, dia mengajar kelas tuisyen agama dan bahasa Arab di rumah.
Lelaki terbabit melakukan penderaan seksual terhadap beberapa lelaki bawah umur dan melakukan tindakan seksual bersama seorang yang berusia 16 tahun meskipun sedar dirinya sudah dijangkiti HIV.
Lelaki berusia 34 tahun itu mengaku bersalah pada 8 September lalu di Mahkamah Tinggi atas tiga tuduhan melakukan penetrasi seksual ke atas seorang individu bawah umur.

"Kes ini adalah peringatan yang tepat pada masanya bagi individu dan ibu bapa untuk hanya memastikan mereka mendapatkan panduan dan bimbingan daripada guru-guru agama yang berdaftar di bawah ARS.
"ARS memberi jaminan kepada kelayakan dan kredibiliti, serta Kod Etika yang perlu dipatuhi para guru agama.
"Ini adalah langkah perlindungan penting, tidak kira sama ada dalam kelas yang berstruktur di sekolah, kelas yang dijalankan di rumah mahupun secara online," jelas MUIS.
Senarai guru agama yang berdaftar di bawah skim ARS disediakan di pautan ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.