Guru agama dera kanak-kanak lelaki secara seksual meski menyedari dirinya dijangkiti HIV
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail Mediacorp.
SINGAPURA: Seorang guru agama sambilan serta bahasa Arab melakukan penderaan seksual terhadap beberapa lelaki bawah umur dan melakukan tindakan seksual bersama seorang yang berusia 16 tahun meskipun sedar dirinya sudah dijangkiti HIV.
Lelaki berusia 34 tahun itu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi atas tiga tuduhan melakukan penetrasi seksual ke atas seorang bawah umur.
Lagi 18 dakwaan akan dipertimbangkan dalam hukuman yang ditangguhkan.
Nama lelaki itu tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah.
Pesalah dipercayai melanjutkan pengajian agama di Singapura sebelum belajar bahasa Arab di Mesir untuk satu setengah tahun.
Dia kembali ke Singapura pada 2013 dan bekerja sambilan - menawarkan tuisyen agama dan bahasa Arab di rumah dan merupakan pekerja penghantar makanan.
Dia menyasarkan budak-budak lelaki secara seksual selama 4 tahun dari 2014 hingga 2018.
Ini berterusan sehingga seorang polis yang meronda memeriksanya sewaktu dia berada di pantai Changi bersama budak-budak lelaki.
Pada November 2018, si pesalah melakukan seks tanpa perlindungan bersama seorang pasangan lelaki dewasa, dan disahkan positif HIV pada Februari 2019.
Meskipun begitu, dia tetap melakukan seks bersama mangsa ketiganya pada Jun 2019 dengan kondom tanpa memberitahu mangsa berusia 16 tahun itu bahawa dia positif HIV sebelum itu.
Lelaki itu ditangkap pada 26 Jun 2019.
Dia dinilai dan dikesan menghidap gangguan pedofil di Institut Kesihatan Mental (IMH).
Pihak pendakwa meminta penjara 24 tahun dan 8 sebatan, menyifatkan lelaki itu sebagai "pesalah seks bersiri" yang lakukan pengantunan terhadap budak-budak lelaki bawah umur ke arah "kontak seksual yang semakin mengganggu".

Sumber : CNA/NJ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.