Gundam Base SG dibuka di Jewel pada 3 Feb, tawar banyak barangan edisi terhad
Anggaran Waktu Membaca:
- The Gundam Base Singapore akan dibuka secara rasmi pada 3 Februari 2026 di Jewel Lapangan Terbang Changi, menjadi cawangan pertama di negara itu.
- Kedai ini menawarkan pelbagai model kit Gundam termasuk edisi terhad dan koleksi jarang, serta pameran dan ruang bergambar menarik.
- Peminat baharu boleh menyertai bengkel membina model secara percuma pada hujung minggu, memberi peluang pengalaman interaktif.
- CEO Jewel, Lee Ching Wern, berharap kedai ini menjadi destinasi wajib untuk peminat dan pengumpul dari dalam dan luar negara.
SINGAPURA: Ini berita gembira buat semua peminat Gundam dan "Gunpla" di Singapura. The Gundam Base Singapore akan dibuka secara rasmi pada 3 Februari.
Anda kini boleh dapatkan pelbagai model kit Gundam -termasuk edisi terhad dan koleksi yang susah dicari -semuanya di satu tempat di Jewel Lapangan Terbang Changi. Ini adalah cawangan pertama The Gundam Base di Singapura, sebuah kedai berkonsep popular yang menjual segala barangan berkaitan francais robot Gundam.
APA YANG MENARIK?
Patung Gundam Gergasi: Anda akan disambut oleh patung RX-78 Gundam setinggi 1.8 meter di pintu masuk.
Ruang Bergambar: Ada banyak kawasan menarik untuk mengambil gambar, termasuk pelan reka bentuk besar RX-78-2 Gundam.
Pameran & Pengalaman Interaktif: Selain melihat pameran model yang hebat, anda juga boleh merasai sendiri pengalaman memasang model kit.
BENGKEL PERCUMA UNTUK 'ORANG BAHARU'
Jangan risau jika anda baru hendak berjinak-jinak dengan dunia pasang robot ini. The Gundam Base Singapore ada menyediakan kawasan bengkel khas. Pada hujung minggu, bengkel membina model ini adalah percuma untuk orang ramai.
Antara model "jarang dan sukar dijumpai" yang boleh didapati di sini termasuk:
- HG 1/144 RX-78-2 Gundam [Beyond Global] (Warna Gundam Base): S$32
- MG 1/100 Hyaku-Shiki Ver.2.0 [Jenis Kilat Besi]: S$216
- MG 1/100 Sengoku Astray Gundam [Metallik]: S$81
- MG 1/100 Gundam Virtue [Lut sinat]: S$116
CEO Jewel Lapangan Terbang Changi, Lee Ching Wern, berkata mereka sangat berbesar hati kerana terpilih menjadi lokasi cawangan utama pertama di Singapura. Beliau berharap kedai ini akan menjadi destinasi wajib bagi peminat mainan dan pengumpul koleksi dari dalam dan luar negara.
INFO KEDAI:
Tarikh Buka: 3 Februari 2026
Lokasi: 78 Airport Boulevard, #04-219, Jewel Lapangan Terbang Changi
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.

Sumber : CNA/NK/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.