Guna rotan untuk didik anak? Lebih separuh ibu bapa berpendapat ia tidak berkesan: Tinjauan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar Hiasan: IStock
SINGAPURA: Dalam kalangan ibu bapa yang kerap menggunakan cara fizikal seperti memukul dan merotan untuk mendisiplinkan anak, kira-kira separuh daripada mereka berpendapat kaedah tersebut tidak berkesan.
Meskipun anak itu akan segera patuh kepada ibu bapa, ia tidak mencapai apa yang diinginkan - contohnya, bagi anak mereka mendapat pengajaran moral.
"Ada 'kegenjotan' antara sikap dan tingkah laku sebenar yang didedahkan dalam kajian yang dijalankan Persatuan Kanak-Kanak Singapura dengan Kolej Yale-NUS itu, di mana penyelidik berkata adalah kajian pertama seumpamanya yang di Singapura yang memberi tumpuan kepada cara mendisiplin secara fizikal.
Hasil kajian yang dikeluarkan pada Khamis (6 Okt) itu, juga menunjukkan bahawa bagi orang dewasa muda yang mengalami cara disiplin secara fizikal, mereka melaporkan hubungan ibu bapa dan anak yang tegang. Mereka juga akan lebih cenderung menggunakan kaedah disiplin secara fizikal terhadap anak-anak mereka pada masa hadapan.
Kajian itu berdasarkan tinjauan terhadap 747 ibu bapa, 667 dewasa muda, serta satu siri temu bual bersama dengan 20 ibu bapa dan 25 dewasa muda pada separuh pertama 2021.
Dewasa muda yang ditinjau dan diwawancara berusia 18 hingga 25 tahun dan belum mempunyai cahaya mata mereka sendiri.
Kira-kira 81 peratus ibu bapa yang ditinjau mempunyai ijazah universiti. Purata negara ialah 36 peratus pada 2021, menurut laporan tersebut.
Menjelaskan ketidakseimbangan itu, ketua penyelidik, Dr Cheung Hoi Shan, yang merupakan penolong profesor psikologi di Kolej Yale-NUS berkata tinjauan itu dijalankan online semasa pandemik COVID-19.
Maka itu, ibu bapa dengan tahap pendidikan lebih tinggi mendapat lebih akses kepada tinjauan berkenaan.
MAJORITI MENENTANG HUKUMAN FIZIKAL
Penyelidik mendapati bahawa 44.8 peratus ibu bapa yang ditinjau, menggunakan hukuman fizikal sekurang-kurangnya sekali sejak tahun lepas. Kira-kira 30 peratus menggunakannya lebih kerap.
Dalam 30 peratus jumlah tersebut, kira-kira separuh (53.7 peratus) menganggap hukuman fizikal tidak pernah berkesan atau tidak berkesan pada kebanyakkan masa.
60 peratus menganggap kaedah itu tidak boleh diterima langsung atau tidak boleh diterima pada kebanyakkan masa.
27.4 peratus ibu bapa yang ditinjau juga percaya bahawa hukuman fizikal tidak pernah berkesan, manakala 42.8 peratus percaya ia tidak berkesan pada kebanyakan masa.
Ini bermakna kira-kira 70 peratus ibu bapa secara amnya percaya bahawa hukuman fizikal tidak berkesan.
Ibu bapa yang anggap hukuman fizikal adalah kaedah disiplin boleh diterima:
26.5 peratus percaya ia tidak boleh diterima,
49.1 peratus merasakan ia tidak boleh diterima pada kebanyakan masa.
Ini bermakna kira-kira 75 peratus percaya bahawa ia tidak boleh diterima.
Bagi dewasa muda, 66.8 peratus merasakan bahawa disiplin secara fisikal tidak berkesan pada kebanyakkan masa manakala 72.4 peratus percaya ia tidak boleh diterima langsung atau pada kebanyakkan masa.
Ditanya jika hukuman fisikal boleh digunakan sebagai kaedah disiplin, 83.5 peratus ibu bapa dan 80.6 dewasa mereka berkata mereka tidak setuju.
Antara sebab ibu bapa rasa perlu pukul anak mereka adalah disebabkan perbuatan turun temurun dan mengikuti nilai masyarakat.
Cik Clarissa Choo, pegawai penyelidik di Persatuan Kanak-Kanak Singapura dan salah seorang penyelidik yang terlibat dalam kajian itu berkata "Ibu bapa merujuk kepada hakikat ia dilakukan 'turun temurun dari generasi ke generasi' kerana datuk mereka memukul ayah mereka dan kini mereka pula untuk memukul anak mereka sendiri."
Beliau menarik perhatian bahawa dewasa muda yang dididik secara fizikal ditanya jika mereka akan menggunakan cara fisikal untuk menghukum anak mereka pada masa hadapan, "segelintir" menjawab ya. Ini menandakan bahawa ada "potensi turun temurun antara generasi".
AKIBAT DISIPLIN SECARA FIZIKAL
Menurut kajian itu ibu bapa biasanya menggunakan disiplin fizikal apabila:
Anak mereka berkelakuan buruk seperti terlibat dalam pergaduhan atau mencederakan orang lain ataupun tingkah laku dengan unsur bahaya seperti bermain dengan objek tajam.
Kesan guna hukuman fizikal terhadap ibu bapa termasuk:
Perasaan serba salah dan menyesal. Ibu bapa akan tertanya-tanya jika ada kaedah alternatif yang lebih baik.
Ada perasaan negatif selepas menghukum anak secara fisikal terutamanya dlam kalangan ibu bapa yang melaporkan mereka berasa marah sebelum menghukum anak mereka.
Bagi golongan dewasa muda yang pernah dihukum secara fizikal semasa kecil, mereka turut melaporkan beberapa kesan negatif:
Mereka merasakan bahawa disiplin secara fizikal tidak memberi "nilai yang baik" dan hanya mengajar mereka untuk mengelakkan daripada dihukum pada masa hadapan dan menjejas huhungan dengan ibu bapa.
Ramai yang menyifatkannya sebagai pengalaman yang menyedihkan dan menakutkan.
Penyelidik menyatakan secara keseluruhan, hasil kajian itu mencadangkan bahawa hukuman fisikal dikaitkan dengan hubungan ibu bapa-anak yang lemah dan kalawan emosi yang lebih lemah bagi kanak-kanak.
TAKTIK PSIKOLOGI
Kajian itu juga menemui kaedah disiplin lain yang digunakan responen.
Satu cara ialah apa yang dipanggil 'disiplin psikologi' yang mana kanak-kanak percaya akan menerima kasih sayang ibu bapa mereka jika mereka berkelakuan baik.
Bentuk hukuman secara emosi lain termasuk memalukan mereka, menghina dan meninggikan suara.
Kajian itu mendapati kira-kira 72 peratus ibu bapa menggunakan pendekatan psikologi sedemikian secara kerap sepanjang tahun lalu.
Sebaliknya, cara mendidik anak dengan cara berbincang dan menjelaskan sebab kelakuannya salah misalnya memberi hasil lebih positif.
Hampir kesemua peserta atau 99.1 peratus kerap menggunakan bentuk disiplin bukan fizikal ini.

Sumber : Today/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.