Guna bahasa Melayu sebagai jambatan komunikasi seharian
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menggunakan bahasa sebagai jambatan komunikasi seharian dan meluaskan penggunaan Bahasa Melayu terutama dalam golongan muda dan kanak-kanak.
Penerbit Kanan dan Penyampai Berita Nursha Ismail berkongsi bagaimana beliau menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang Duta Bahasa Bulan Bahasa 2023.
Beliau dalam kalangan empat Duta Bahasa yang dilantik tahun ini bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Bahasa tahun ini.
Pada Mac lalu, Nursha dipilih sebagai salah satu personaliti untuk menyemarakkan penghargaan terhadap kebaya Lembaga Warisan Negara (NHB).
Ia sebahagian kempen pencalonan kebaya kepada senarai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO.
Nursha menyifatkan dirinya sebagai pencinta bahasa dan budaya Melayu sejak kecil lagi.
Beliau besar hati atas pelantikan itu, namun akur bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang besar untuk menggalak generasi muda khususnya golongan belia untuk menggunakan bahasa ibunda mereka.
Sebagai salah seorang duta bahasa, Nursha ingin berkongsi rasa cintanya itu bersama kanak-kanak dan golongan muda.
Beliau berharap dapat mempertingkatkan penghargaan dan mencetuskan minat mereka terhadap keindahan bahasa Melayu dengan memanfaatkan pelbagai wadah yang sedia ada di BERITA Mediacorp.
"Ia merupakan satu tanggungjawab yang begitu besar kerana ia tiada tarikh luput dan saya akan cuba usaha meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu serta memperkayakan budaya Melayu itu.

Di bilik BERITA Mediacorp sendiri kami mempunyai pelbagai acara-acara seperti Nadi Kampus contohnya di mana kami menggalakkan para belia untuk menyumbang karya-karya, ilham dan penulisan. Di sini ia dapat menggalak belia kita untuk menggunakan Bahasa Melayu," kata Nursha.
Di sebalik jadual kerja yang sibuk dan ada kalanya tidak menentu, Nursha yang pernah bertugas sebagai penyampai radio WARNA, turut meluangkan masa menjadi relawan untuk sesi-sesi bercerita bersama kanak-kanak.
Kata Nursha lagi: "Sebagai duta bahasa saya akan mempergiatkan lagi usaha-usaha membaca di kalangan kanak-kanak dan memandang ke hadapan dalam perancangan. Saya akan memulakan satu kelab buku di mana selain adik-adik kecil, saya juga ingin menggalakkan para belia untuk sama-sama dalam usaha ini di mana mereka boleh duduk bersama dan berkongsi buku pilihan atau dalam Istilah Inggeris, 'book review' yang telah pun dibaca. Dan mungkin ada usaha seperti 'Read Aloud'. Khusus mengetengahkan buku-buku tulisan penulis tempatan kita. Jadi pada masa yang sama juga dapat menggalak Kesusasteraan Melayu kita di Singapura."
IBU BAPA MAINKAN PERANAN PENTING
Beliau berharap lebih ramai ibu bapa akan memupuk penggunaan dwibahasa – bahasa Inggeris dan bahasa Ibunda di rumah.
"Saya percaya persekitaran itu adalah penting jadi dengan menyediakan persekitaran yang membina itu dapat menggalakkan dan mempengaruhi adik-adik kita untuk saling membaca. Kita tengok orang membaca, kita pun turut tertarik, terpanggil untuk membaca juga," katanya lagi.
Apabila ditanya apakah nasihatnya kepada generasi muda khususnya golongan belia, ini katanya:
"Hargai jati diri dan bahasa ibunda. Bagi yang rasa canggung, tidak mengapa. Tak sempurna, tidak apa. Yang penting cuba. Kejar cita-cita, luaskan pengetahuan dan berfikiran terbuka tapi kekal membumi. Mengantarabangsa tapi membumi," kata beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.