Gula-gula disyaki mengandungi ganja antara dadah bernilai S$19,000 dirampas dalam operasi CNB
Beberapa bungkusan gula-gula yang disyaki mengandungi ganja dirampas dalam operasi selama dua minggu oleh Biro Narkotik Pusat pada Oktober. (Gambar: CNB)
Seramai 117 orang yang disyaki pesalah dadah diberkas.
Demikian menurut Biro Narkotik Pusat (CNB).
Pokok ganja juga dirampas, dengan sekitar 38g heroin, 52g Ice, 254g ganja, 180g produk ganja, 7g bahan psikoaktif baru (NPS), 4g pil Ecstasy, lima lembar LSD (lysergic acid diethylamide) dan sebotol cecair yang disyaki mengandungi GHB (gamma-hydroxybutyrate).
Menurut CNB, dadah-dadah berkenaan mempunyai nilai anggaran sekitar S$19,000.
Serbuan-serbuan tersebut dilakukan di kawasan seperti Buangkok, Bukit Batok dan Clementi.
Dalam satu daripada kes tersebut pada 15 Oktober, para pegawai ICA di Seksyen Pos Bungkusan, mengesan lima bungkus gula-gula yang disyaki mengandungi ganja.
Seorang lelaki, 26 tahun dan seorang wanita, 23 tahun diberkas pada hari yang sama di kawasan kediaman privet di Lorong Ah Soo. Kedua-duanya merupakan warga tempatan.
Peralatan dadah turut dirampas daripada unit kediaman tersebut.
Seorang lelaki warga tempatan, 30 tahun, yang merupakan penerima bungkusan tersebut, diberkas ketika CNB menyerbu unit kediamannya di sekitar Bedok Reservoir Road.
Siasatan ke atas kesemua suspek yang diberkas, masih dijalankan.
Sesiapa yang didapati bersalah mengambil, memiliki, mengedar mengimport atau export dadah terkawal, termasuk ganja dan produk-produk ganja, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 tahun, didenda S$40,000 atau kedua-duanya sekali.
"Bagi menarik lebih belia untuk mengambil produk-produk ini, dadah seperti ganja ditambah sebagai bahan-bahan kepada produk-produk yang boleh dimakan seperti gula-gula dan barangan bakar, dan dipasarkan secara tidak bertanggungjawab sebagai bahan perabis yang tidak berbahaya," tambah CNB.
"Sesetengah produk boleh dipasarkan sebagai produk 'kesihatan', dan mengandungi rami, minyak biji rami, minyak CBD, minyak ganja, atau didakwa bebas THC. Sila ambil perhatian bahawa mana-mana produk yang mengandungi derivatif rami sebagai ramuan atau berasal dari tumbuhan ganja Sativa atau benihnya boleh mengandungi dadah terkawal seperti THC, meskipun label produk tersebut tidak tertera demikian."
Orang awam yang mengetahui produk-produk sebegitu atau khuatir yang anak mereka terlibat dengan dadah, boleh menghubungi CNB di hotline 1800-325-6666 untuk mendapatkan nasihat dan bantuan.
Mereka yang mempunyai maklumat berhubung dadah, boleh membuat laporan kepada CNB dengan menghubungi 1800-325-6666 atau menerusi laman.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.