Gudang di Kranji terbakar; orang ramai dinasihati jauhi lokasi
Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhi kawasan sekitar sebuah gudang di Kranji selepas satu kebakaran berlaku pada pagi Rabu (19 Feb).
Dalam satu catatan di Facebook pada tengah hari, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kebakaran di 11 Kranji Crescent sekitar pukul 10.30 pagi.
"Sebaik tiba, SCDF mendapati api sudah marak dan melibatkan bahan sisa di dalam gudang yang berukuran kira-kira 50m kali 50m," katanya.
"Anggota bomba kini sedang memadamkan kebakaran menggunakan enam jet air dan sebuah mesin pemadam kebakaran tanpa pemandu."
Dalam satu kemas kini sekitar 2.00 petang, SCDF menyatakan operasi memadam api masih dijalankan dan dijangka berlarutan. Satu tangga platform turut digunakan dalam operasi tersebut.
Seorang individu dari kawasan terjejas dibawa ke hospital akibat terhidu asap dan luka lecur.
Pengguna aplikasi mudah alih SGSecure, M1, StarHub dan Singtel di sekitar kawasan kebakaran telah menerima mesej yang menggesa orang ramai supaya mengelakkan kawasan tersebut, kata SCDF.
Keadaan trafik juga kian sesak dan SCDF menasihatkan orang ramai supaya memilih laluan lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.