Gudang baharu DB Schenker mampu cipta 600 pekerjaan baharu dalam 7 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat penyedia logistik DB Schenker melabur hampir $160 juta bagi sebuah hab logistik baharu di Singapura, yang bercirikan sifar pengeluaran karbon.
Ia akan mengambil pekerja baharu sebelum kemudahan tersebut selesai pada 2025.
Sasarannya adalah mencipta 600 pekerjaan dalam tempoh tujuh tahun.
Dilengkapi huraian automatik bagi mempercepat pengendalian barangan, kemudahan itu menyokong pertumbuhan industri semikonduktor dan jagaan kesihatan di Singapura.
Kemudahan terbaharu dipanggil Red Lion 2 itu, berukuran 10 padang bola sepak.
Ini bermakna, jejak logistik DB Schenker di Singapura meningkat kepada hampir 4 juta kaki persegi.
Sebuah jambatan akan dibina bagi menghubungkan kemudahan sedia ada di Tampines dengan gudang baru itu di seberang jalan.
Apabila kemudahan baharu itu mula beroperasi, pengendaliannya dijangka meningkat 30 peratus.
Ini menerusi penggunaan teknologi seperti robot AI dan jentera forklift tanpa pemandu.
Pelbagai pekerjaan baharu juga bakal dicipta, termasuk analisis data dan kejuruteraan automasi.
Semasa acara pecah tanah Red Lion 2 siang tadi, Pemangku Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat berkata, sekitaran yang mesra perniagaan di Singapura, serta pelbagai Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA, menarik minat syarikat-syarikat logistik.
Encik Chee berkata: "dengan meningkatnya permintaan golongan pertengahan yang semakin bertambah, serta perlunya syarikat mengurangkan risiko dan mempertingkat kepelbagaian, kapasiti pengeluaran berkembang rancak di Asia Tenggara. Permintaan untuk khidmat logistik bagi mengendalikan bahan mentah dan produk yang dihasilkan kemungkinan besar akan mengalami peningkatan kukuh yang serupa."
Encik Chee menambah, Singapura turut mengukuhkan keterhubungannya ke seluruh dunia.
Ini dicapai dengan meningkatkan kapasiti prasarana pengangkutannya seperti projek Pelabuhan Tuas dan Terminal 5 Changi.

Sumber : CNA/IQ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.