Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Guardian hadkan pembelian Panadol & Nurofen mulai 24 Dis dek 'permintaan tinggi'

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Rangkaian farmasi Guardian akan menghadkan pembelian dua jenama ubat penahan sakit, Panadol dan Nurofen, kepada enam kotak bagi setiap pelanggan, mulai Sabtu (24 Dis). 

Ini sekali gus menjadikannya peruncit ketiga di Singapura yang menghadkan pembelian ubat yang dijual bebas disebabkan oleh permintaan yang melonjak sejak beberapa hari kebelakangan ini.

DFI Retail Group, yang mengendalikan Guardian, semasa menjawab pertanyaan Mediacorp pada Jumaat (23 Dis) menyatakan, langkah itu dilaksanakan kerana ia "sedang menyaksikan permintaan tinggi" bagi ubat paracetamol dan ubat demam. 

"Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan bekerjasama dengan pembekal untuk memastikan bekalan stabil dan mencukupi bagi paracetamol dan ubat demam di Guardian." 

Syarikat tersebut turut menggalak para pelanggan supaya hanya membeli jumlah ubat yang diperlukan. 

Kedua-dua Panadol dan Nurofen adalah jenama popular bagi ubat penahan sakit yang dijual secara bebas. Panadol mengandungi paracetamol sementara Nurofen pula mengandungi ibuprofen. 

Peruncit dan farmasi di Singapura menyaksikan peningkatan pada permintaan ubat demam dan ubat selesema sepanjang minggu lalu. 

Ubat-ubat tersebut dilaporkan dihantar ke China, di mana sekatan-sekatan COVID-19 di merata negara tersebut sudah dilonggarkan sejak 7 Disember. 

Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (21 Dis) menasihatkan orang ramai supaya membeli ubat bagi kegunaan peribadi saja, sambil menambah ia sedang memantau keadaan dengan teliti dan bekerjasama dengan peruncit dan farmasi bagi memastikan ubat untuk merawat demam, batuk dan selesema kekal mencukupi bagi penduduk Singapura. 

Pada awal Jumaat (23 Dis), rangkaian pasar raya NTUC FairPrice mengumumkan pada Rabu bahawa ia menghadkan pembelian ubat penahan sakit, di mana setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli sehingga empat kotak Panadol dan Nurofen. 

Watsons pula memberitahu Mediacorp bahawa ia menghadkan sehingga enam kotak Panadol bagi setiap pelanggan. 

Pengilang Panadol, Haleon menyatakan ia menghasilkan "jumlah yang mencecah paras rekod" bagi ubat tersebut, memandangkan permintaan bagi ubat demam dan selesema semakin meningkat spanjang minggu lalu. 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan