Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GST tidak harus ditangguh lagi; Pemerintah bersedia jika keadaan bertambah buruk, kata DPM Wong

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong sekali lagi menekankan perlunya untuk meneruskan pelaksanaan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang dirancang. Namun, beliau berkata Pemerintah "bersedia untuk melakukan lebih banyak lagi" sekiranya keadaan ekonomi bertambah teruk.

Anggaran Waktu Membaca:
GST tidak harus ditangguh lagi; Pemerintah bersedia jika keadaan bertambah buruk, kata DPM Wong

Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY

Diterbitkan : 04 Jul 2022 04:46PM Dikemas Kini : 04 Jul 2022 05:19PM
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong sekali lagi menekankan perlunya untuk meneruskan pelaksanaan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang dirancang. Namun, beliau berkata Pemerintah "bersedia untuk melakukan lebih banyak lagi" sekiranya keadaan ekonomi bertambah teruk.

Ketika memberikan respons kepada soalan parlimen pada Isnin (4 Jul), tentang sama ada Pemerintah akan mempertimbangkan untuk menangguhkan lagi kenaikan GST 2023 yang bakal dilaksanakan, Encik Wong berkata: "Lebih penting lagi, kita mesti memastikan bahawa kita mempunyai sumber yang mencukupi untuk menangani cabaran jangka panjang dan berbuat demikian dalam cara yang bertanggunjgawab dari segi fiskal dan juga secara mampan.

"Maka itulah sebabnya mengapa Pemerintah perlu meneruskan dengan pelaksaan kenaikan GST, seperti yang diumumkan sewaktu Belanjawan 2022."

Pemerintah sudahpun menjangkakan prospek inflasi lebih tinggi tahun ini, lantaran itulah sebabnya mengapa kenaikan GST dilaksanakan secara berperingkat dalam dua fasa.

GST dijadual naik dari 7 peratus kepada 8 peratus pada 2023 dan akan meningkat lagi kepada 9 peratus pada 2024.

“Kita tidak seharusnya menangguhkan lagi kenaikan GST kerana kita akan memerlukan dana segera untuk menjaga dengan lebih baik warga emas kita yang semakin ramai bilangannya selain memenuhi perbelanjaan jagaan kesihatan yang meningkat," jelas Encik Wong yang juga Menteri Kewangan.

Pakej Jaminan bernilai S$6.6 bilion, diumumkan dalam Belanjawan 2022, sudahpun diperuntukkan untuk "menyokong semua keluarga Singapura" daripada kesan kenaikan GST, tambah beliau.

Kebanyakan keluarga Singapura tidak akan merasai kesan kenaikan GST buat sekurang-kurang lima tahun dan kesannya pula tertangguh selama kira-kira 10 tahun bagi keluarga berpendapatan rendah, jelas beliau.

“Kami akan terus menilai kecukupan Pakej Jaminan sedang propsek inflasi berubah. Jika perlu, kami akan meningkatkan lagi Pakej Jaminan untuk mengekalkan komitmen kami."

Pada Jun, Pemerintah juga mengumumkan sebuah pakej sokongan bernilai S$1.5 bilion, untuk membantu menangani kenaikan inflasi, yang disasarkan untuk menghulurkan bantuan serta-merta kepada golongan berpendapatan lebih rendah dan lebih mudah terjejas.

Pakej sokongan terkini itu diperkenalkan dengan mempertimbangkan prospek ekonomi serta inflasi terkini, kata Encik Wong.

“Buat masa ini...kami menjangkakan harga terus meningkat pada bulan-bulan mendatang sebelum ia menjadi setabil menjelang hujung tahun, seiring dengan rentak harga global," tambah beliau.

“Pada masa yang sama, kami terus menjangkakan pertumbuhan sihat bagi banyak sektor ekonomi tahun ini. Pasaran buruh amat ketat dan kadar pengangguran keseluruhan adalah lebih rendah berbandingan paras sebelum COVID-19.

“Secara keseluruhannya, ekonomi beroperasi lebih baik sedikit berbanding potensi."

Di bawah keadaan ini, Encik Wong berkata, saiz mana-mana langkah sokongan tambahan perlu dipertimbangkan dengan "teliti dan berhati-hati".

“Ini kerana suntikan fiskal yang berlebihan pada ketika ini boleh memburukkan lagi tekanan inflasi lantas, menjadikannya tidak berdaya hasil,” jelas beliau lagi.

Pakej Jaminan dan pakej sokongan S$1.5 juta adalah dua contoh bagaimana Pemerintah memantau "dengan teliti" perkembangan sejagat dan dalam negeri serta memastikan langkah-langkah sokongan yang dihulurkan mencukupi, jelas Encik Wong.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan