Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GSK tambah bekalan Panadol dek lonjakan permintaan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Syarikat yang menghasilkan Panadol sedang menambah bekalan produk berasaskan paracetamol itu di Singapura bagi memenuhi permintaan lebih tinggi selepas bekalan bagi beberapa jenis ubat itu seperti Panadol Extra dan Panadol Cough and Cold berkurangan di kedai awal tahun ini. 

GSK Consumer Healthcare menyatakan permintaan bagi Panadol naik pada separuh kedua 2021 di tengah-tengah kes COVID-19 yang meningkat di Singapura dan naik sekali lagi pada tiga bulan pertama tahun ini akibat gelombang Omicron. Ini sedang Singapura memperhebatkan program vaksinasi dos penggalak. 

"Disebabkan permintaan yang tinggi, bekalan jenis Panadol seperti Panadol Extra dan Panadol Cough and Cold berkurangan di beberapa kedai, terutama sekali pada waktu sibuk," menurut GSK pada Isnin (11 Apr) sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp. 

"Namun, keadaan sudah semakin baik pada pertengahan Mac dan kami yakin pengguna boleh mendapatkan jenis ubat itu dengan lebih mudah lagi di kedai sejak permulaan April." 

GSK menyatakan demikian  menyusuli laporan di sosial media dan pembaca Mediacorp tentang kekurangan bekalan beberapa produk Panadol di kedai-kedai tertentu. 

Panadol merupakan jenama ubat paracetamol popular yang biasanya diambil untuk merawat demam dan pening. Produk itu dijual di farmasi, pasar raya, kedai serbaneka dan kedai runcit. 

Seorang pembaca Mediacorp berkata beliau sukar mendapatkan Panadol pada Februari, namun isunya sudah terhurai. 

"Rak-rak semua kosong, kami terpaksa meminta bantuan ahli farmasi," kata Cik Nancy Chua. 

Pada 19 Mac, pengguna Facebook FW Debbie Lue mencatatkan: "Kini, di mana-mana tempat tidak ada stok Panadol Extra. Keadaan seperti tidak terkawal. Mungkin COVID-19 ialah demam selesema yang biasa sekarang, hampir semua orang di sekeliling saya, satu lepas satu dijangkiti virus." 

Pemerintah pada Februari memperkenalkan beberapa langkah untuk melonggarkan tekanan ke atas sektor jagaan kesihatan, termasuk menggesa majikan agar tidak menuntut pekerja agar mendapatkan sijil perubatan atau catatan pemulihan sebagai bukti mereka dijangkiti COVID-19. 

Sesiapa yang mengalami gejala ringan digalakkan supaya untuk mengasingkan diri dan pulih di rumah, dan bukan pergi ke klinik ataupun hospital. 


"Pemulihan di rumah adalah kaedah yang disyorkan. Justeru, ini menyebabkan permintaan bagi Panadol meningkat kerana pengguna kini mengambil ubat di farmasi untuk membantu merawat gejala ringan seperti demam, kesakitan, batuk dan sakit tekak," menurut GSK. 

Ia menambah  lebih banyak bekalan Panadol Extra dan Panadol Cough and Cold sudah tiba sejak permulaan April, sekali gus  meredakan keadaan. 

"Terdapat cukup bekalan Panadol untuk pengguna di Singapura, meskipun beberapa kedai mungkin akan kehabisan beberapa jenis ubat itu lebih cepat berbanding yang lain. Kami sedang meningkatkan bekalan untuk memenuhi permintaan yang tinggi," menurut GSK. 

"Kami juga ingin menggalakkan penduduk Singapura untuk mengamalkan tanggungjawab semasa membeli hanya untuk keperluan segera agar dapat memastikan bekalan mencukupi bagi semua orang." 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan