GSA pertingkat langkah keselamatan; lebih 150 jemaah teruskan umrah di tengah ketidaktentuan Timur Tengah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 150 jemaah daripada Jalaluddin, Nurhikmah, Hagel dan TM Fouzy Travel & Tours Pte Ltd telah berangkat untuk menunaikan umrah.
Ini meskipun Timur Tengah dibelenggu ketidaktentuan akibat perang Amerika Syarikat, Israel dan Iran.
Penerbangan Saudia SV857 berlepas pada pukul 2.30 pagi, Sabtu (7 Mac) dan mereka dikhabarkan sudah selamat sampai di Tanah Suci.
Menurut pegawai TM Fouzy Travel & Tours Pte Ltd, Zaki Ismawee, para jemaah sudah dimaklumkan tentang keadaan yang berlaku di rantau tersebut.
"Agensi memastikan bahawa jemaah faham dengan keadaan di sana, jemaah juga perlu prihatin tentang apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi," kata Encik Zaki.
Ketika ditanya apakah tindakan yang akan diambil sekiranya jemaah terkandas, Encik Zaki berkata bahawa agensi tersebut sudah menyediakan beberapa langkah untuk membantu jemaah.
"Alhamdulillah dengan pengalaman 40 tahun, agensi TM Fouzy , yang sudah lama berada di Makkah ataupun Madinah, memang mempunyai rancangan kedua," kata Encik Zaki.
"Kita juga ada tempat untuk jemaah berehat, dan makanan bukan satu masalah," jelasnya lagi.
Dengan jumlah kakitangan yang ramai, Encik Zaki menambah bahawa para pegawainya sentiasa bersedia untuk digerakkan dan menyesuaikan rancangan mengikut keadaan.

Menurut tinjauan BERITA Mediacorp di media sosial TM Fouzy Travel & Tours Pte Ltd, pakej umrah pada 10 malam terakhir Ramadan berharga antara S$6,990 dan S$8,290 (bergantung jumlah orang sebilik).
Ini termasuk penginapan di hotel lima bintang, iaitu Hotel Anjum di Makkah dan Dallah Taibah di Madinah.
Menurut Pengarah TM Fouzy Travel & Tours, Tengku Madihah Fathiyyatul Fauziyyah Tengku Md Fouzy, agensinya sudah berdaftar dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA).
"Buat masa ini, kawasan tanah suci di Makkah dan Madinah adalah selamat. Laluan penerbangan Saudia tidak terjejas dengan penutupan ruang udara," kata Tengku Madihah.
Cik Madihah juga menambah bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan MFA sekiranya keadaan di Timur Tengah bertambah buruk.

Demikian juga dikongsi Pengasas Nurhikmah Travel & Tours Pte Ltd, Abdur Rahim Jahn, yang merujuk keputusan MFA berkaitan perjalanan ke Timur Tengah.
"Kita perlu merujuk kepada MFA, lihat keputusannya dan tindakan apa yang perlu diambil," katanya.
Beliau juga memantau keadaan penerbangan antara Singapura dan Jeddah, sebelum menjelaskan keadaannya kepada jemaah.
Menurut Encik Abdur Rahim, keputusan untuk meneruskan perjalanan ke tanah suci diserahkan kepada jemaah.
"Saya sudah menyampaikan kepada jemaah, mereka perlu berfikir jika ingin berangkat atau sebaliknya," kelas Encik Abdur Rahim.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.