Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GSA galak jemaah haji positif ujian PCR agar tidak berputus asa

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jemaah haji yang diuji positif ujian PCR digalakkan agar tidak berputus asa.

Ini kerana jemaah terjejas masih berpeluang melakukan ibadah tersebut jika ujian PCR mereka negatif sebelum tarikh akhir keberangkatan ke Arab Saudi.

Khidmat insurans yang ditawarkan kepada semua jemaah Singapura juga bermakna beberapa situasi luar jangka berkaitan COVID-19 sudah diambil kira.

Antara syarat yang ditetapkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi ke atas jemaah haji tahun ini adalah keputusan negatif ujian PCR tidak melebihi 72 jam sebelum keberangkatan ke negara itu.

Kemungkinan terpaksa membatalkan rancangan haji atas sebab ujian positif menimbulkan kembimbangan dalam kalangan sesetengah jemaah.

Mujur jemaah yang terjejas masih berpeluang untuk meneruskan ibadah haji asalkan mendapat keputusan negatif 72 jam sebelum tarikh akhir penerbangan ke Arab Saudi dari Singapura pada 6 Julai.

JEMAAH TERJEJAS ADA PILIHAN TANGGUH PERJALANAN

Pengarah ST&T International Dr Ammar Angullia menjelaskan antara proses selanjutnya bagi jemaah yang terjejas.

--

"Sekiranya jemaah tersebut itu ada tarikh berangkat pada awal lagi, seumpamanya pada 25 Jun, mereka mungkin dapat peluang lagi untuk buat PCR sebelum berangkat pada tarikh yang lanjut iaitunya sekiranya 3 Julai.

"Dan jika mereka mahu buat penangguhan ini, mereka harus berbincang dengan GSA mereka iaitu agensi pelancongan mereka dan agensi pelancongan itu akan memberi keputusannya dan akan bekerjasama dengan ST&T international dan kita akan membuat proses untuk memberi manfaat itu. Iaitu dari segi penangguhan perjalanan sehingga S$2,000.

Jemaah yang membatalkan sama sekali rancangan haji mereka pula, akan dikembalikan bayaran S$7,500 di bawah perlindungan insurans ST&T International yang ditawarkan ejen-ejen penjualan haji (GSA) kepada semua jemaah Singapura.

URUSAN LOGISTIK JEMAAH TERJEJAS AKAN DIURUSKAN PIHAK GSA

Sementara itu, Pengarah urusan Shahidah Travel, Encik Ayob Angullia memberi jaminan bahawa segala urusan logistik akan diuruskan bagi jemaahnya yang positif ujian PCR.

--

Menurut Encik Ayob Angullia: "InsyaAllah selepas lima atau 7 tujuh hari negatif. Bila negatif, penerbangan sudah 'standby' untuknya berangkat. Dan kini Alhamdulillah sudah ada penerbangan terakhir pada 6 Julai iaitu 7 Dzulhijjah.

"Kita ada kumpulan di sana dan mereka juga akan jemput Jemaah. Dan mereka boleh gunakan insurans penangguhan yang dapat S$2,000. Dan itu akan diatasi. Duduk di hotel atau kita boleh runding dengannya sekali lagi. Kalau dia ada masa, boleh buat penyesuaian supaya cita rasanya (pelanggan) dapat ditunaikan."

Bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 sebelum keberangkatan, beliau turut menggesa para jemaah agar mengurangkan interaksi harian dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Kumpulan pertama jemaah haji Singapura akan berangkat ke Saudi pada Sabtu ini (22 Jun).

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan