Grid bijak pertama SG akan dibina di Daerah Digital Punggol
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat JTC akan membangunkan grid bijak pertama Singapura di Daerah Digital Punggol, yang akan menggunakan data masa nyata untuk mengoptimumkan kecekapan tenaga.
Ia boleh menggunakan kurang daya tenaga daripada grid nasional semasa waktu-waktu sibuk.
Sekiranya ia menunjukkan hasil yang positif, syarikat-syarikat di daerah tersebut dijangka boleh membayar bil elektrik yang lebih rendah juga.
Daerah Digital Punggol yang terletak di timur laut Singapura, akan menempatkan sektor-sektor utama dalam ekonomi digital.
Ini termasuk teknologi kewangan, keselamatan siber, kecerdasan buatan (AI) dan robotik.

Grid Bijak boleh memantau dan menguruskan sumber tenaga seperti pengecas dan penjana kenderaan elektrik.
Ia juga boleh menyelaraskan meter bijak, sistem penyimpanan tenaga dan panel suria sesebuah syarikat.
"Grid bijak boleh mengatur pelbagai aspek sistem,bermakna kami boleh mengambil, misalnya, data suria. Kami memantau penjanaannya, penggunaannya," kata pengarah syarikat Univers, Zahir Siddique.
"Berapa baki yang ada selepas diguna JTC, serta sama ada terdapat tenaga lebihan yang perlu atau boleh dieksport ke luar grid," tambahnya.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.