Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gred kebersihan makanan Kate’s Catering jatuh kepada 'C' serta-merta

Penilaian kebersihan makanan Kate's Catering yang sebelum ini adalah gred 'A' diturunkan kepada 'C' secara serta-merta setelah lebih 250 orang dari pusat-pusat prasekolah jatuh sakit akibat memakan makanannya. Demikian menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Jumaat (19 Jul)

Anggaran Waktu Membaca:
Gred kebersihan makanan Kate’s Catering jatuh kepada 'C' serta-merta
Diterbitkan : 19 Jul 2019 10:55PM Dikemas Kini : 19 Jul 2019 10:57PM

SINGAPURA: Penilaian kebersihan makanan Kate's Catering yang sebelum ini adalah gred 'A' diturunkan kepada 'C' secara serta-merta setelah lebih 250 orang dari pusat-pusat prasekolah jatuh sakit akibat memakan makanannya. Demikian menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Jumaat (19 Jul)

SFA menyatakan satu pemeriksaan bersama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) mendedahkan beberapa kelemahan dalam kebersihan di kawasan katerer tersebut di 171 Kampung Ampat. Ini termasuk pencairan makanan tidak betul, pengendalian makanan yang lemah serta amalan penyediaan yang lemah oleh para pengendali makanan.

Sejumlah 259 orang dari 13 pusat prasekolah PCF Sparkletots dan Pusat Jagaan Pelajar PLAN dilaporkan mengalami simptom gastroenteritis setelah memakan makanan yang disediakan oleh Kate’s Catering antara 19 Mac hingga 25 Mac tahun ini.

33 orang dimasukkan ke hospital ekoran peristiwa tersebut.

Yayasan Masyarakat PAP (PCF) menyatakan pada bulan lalu bahawa kesemua pusat prasekolahnya, yang sebelum ini mengambil khidmat penyediaan makanan oleh katerer luar, akan beralih untuk menggunakan tukang masak sendiri.

Lesen Kate’s Catering digantung pada 26 Mac namun penggantungan itu ditarik semula pada 17 Mei selepas katerer berkenaan memperbaiki kelemahan tersebut dan mengambil langkah-langkah yang betul untuk meningkatkan proses penyediaan makanan mereka, menurut SFA.

Gred kebersihan makanan bagi Kate’s Catering akan dinilai semula dalam masa 12 bulan seterusnya.

SFA menyatakan ia juga akan terus memantau Kate’s Catering.

"Pengendali makanan diingatkan untuk mematuhi kebersihan makanan dan proses keselamatan yang baik. Amalan pencegahan jangkitan seperti mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan boleh mengurangkan kejadian gastroenteritis apabila ia dilakukan oleh semua pihak berkepentingan utama, termasuk industri dan orang ramai," tambah SFA. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan