Skip to main content

Singapura

Greater Southern Waterfront ada potensi jadi mesra alam, menurut penganalisis

Para pemerhati pasaran menyatakan kawasan Greater Southern Waterfront (GSW) menawarkan peluang unik bagi bangunan-bangunan hijau yang menjimatkan tenaga.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Nov 2019 06:01PM Dikemas Kini : 17 Nov 2019 09:20PM

SINGAPURA: Para pemerhati pasaran menyatakan kawasan Greater Southern Waterfront (GSW) menawarkan peluang unik bagi bangunan-bangunan hijau yang menjimatkan tenaga.

Sekurang-kurangnya sebuah pemaju hartanah di kawasan itu sudahpun berjaya mengurangkan penggunaan daya tenaga sehingga 30 peratus dengan adanya bangunan-bangunan hijau.

Ini ketika pihak berkuasa menyeru para peniaga agar mengorak langkah berani menangani isu perubahan iklim.

Dari bumbung hijau dan taman di bumbung yang mengurangkan suhu panas kepada mengalihkan kedudukan bangunan bagi pengaliran udara terbaik.

Ciri-ciri reka bentuk seperti itu sudahpun membantu Bandar Perniagaan Mapletree menjadi lebih mesra alam.

Pihak pemajunya, Mapletree Investments, juga menggunakan kaedah lain seperti lampu lebih jimat tenaga dan usaha mengumpulkan air bagi lebih menjimatkan daya tenaga. Hasilnya, mereka berjaya menjimatkan penggunaan elektrik sebanyak 30 peratus.

Bangunan Harbourfront Centre pula diubah suai untuk lebih mesra alam dan hasilnya menyumbang kepada penjimatan 20 peratus penggunaan daya tenaga sejak 10 tahun lalu.

Menurut para pakar, bangunan-bangunan hijau seperti itu adalah masa depan bagi kawasan
GSW yang bakal menjalani kerja-kerja pembangunan semula.

Kawasan pesisiran pantai selatan Singapura tersebut akan dibangunkan semula apabila semua terminal pelabuhan dipindahkan ke Tuas menjelang 2027.

Seluas 2,000 hektar ia berpotensi memainkan peranan dalam usaha Singapura menangani isu perubahan iklim kerana lokasinya.

Sebagai permulaan, di bawah undang-undang, semua bangunan baru perlu memenuhi piawai untuk menjadi lebih mesra alam.

Meskipun kawasan tersebut akan mengambil masa untuk siap, pihak pemaju sudahpun menunjukkan minat.

Mapletree Investments sudahpun melahirkan minat untuk turut serta dalam transformasi tersebut. 

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita