Greater Bay Airlines gantung penerbangan Hong Kong-SG
(Gambar: Facebook/Greater Bay Airlines)
SINGAPURA: Syarikat penerbangan Greater Bay Airlines akan menggantung khidmat penerbangan antara Hong Kong dengan Singapura mulai 1 Jun, lebih kurang sebulan selepas ia dilancarkan.
Menjawab soalan Mediacorp pada Khamis (9 Mei), syarikat penerbangan berpangkalan di Hong Kong itu menyatakan ia memutuskan untuk menggantung khidmat tersebut "sehingga diberitahu kelak atas sebab-sebab komersil, selepas menilai keadaan pasaran terkini".
Khidmat penerbangan harian tersebut dilancarkan pada 26 April.
"Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami para penumpang," umum syarikat tersebut.
"Untuk mengurangkan sebarang kesan kepada penumpang, kami akan menghubungi penumpang untuk membuat tempahan semula atau pembayaran balik, dan yuran berkaitan akan diketepikan.
Syarikat penerbangan Greater Bay Airlines memulakan operasi penerbangan pada 2022, dan melakukan perjalanan antara Hong Kong dengan Bangkok, Manila, Osaka, Seoul, Taipei dan Tokyo.
Sebelum ini, ia mengendalikan khidmat penerbangan antara Hong Kong dengan Ho Chi Minh City.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.