Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Great World City jalani ubah suai mulai pertengahan April ini

Great World City akan menjalani kerja-kerja ubah elok mulai pertengahan bulan ini sebelum pembukaan stesen MRT Great World di Laluan Thomson-East Coast pada 2021, menurut satu kenyataan media bersama kumpulan hartanah Allgreen Properties Limited dan Great World City hari ini (10 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Great World City jalani ubah suai mulai pertengahan April ini

Great World City. (Gambar: Allgreen Properties Limited, Great World City)

Diterbitkan : 10 Apr 2018 10:27PM Dikemas Kini : 10 Apr 2018 10:30PM

SINGAPURA: Great World City akan menjalani kerja-kerja ubah elok mulai pertengahan bulan ini sebelum pembukaan stesen MRT Great World di Laluan Thomson-East Coast pada 2021, menurut satu kenyataan media bersama kumpulan hartanah Allgreen Properties Limited dan Great World City hari ini (10 Apr).

Kerja-kerja itu akan dijalankan secara bertahap-tahap sepanjang tempoh dua tahun dan akan siap menjelang suku ketiga 2020.

Laluan pejalan kaki dan tangga bergerak dalam bangunan itu akan diubah suai untuk memudahkan para pengunjung berjalan-jalan.

Cawangan makanan dan minuman akan meliputi 30 peratus daripada ruang dalam pusat beli-belah itu berbanding 20 peratus buat masa ini, menurut kenyataan media tersebut.

Tingkat pertama bangunan berkenaan akan menampilkan sebuah zon khusus untuk makanan dan minuman. Ia juga bakal menempatkan taman permainan bagi kanak-kanak di tingkat kedua.

Dengan pembukaan stesen MRT Great World kelak, para penumpang boleh mengakses Great World City yang berwajah baru itu dengan mudah. Ini melalui laluan penghubung di aras Besmen 2.

Malah, para pengguna juga boleh ke Great World City dari stesen MRT melalui tempat masuk di tingkat pertama dan dengan menggunakan jejantas di tingkat kedua.

Meskipun kerja-kerja ubah elok itu sedang berlangsung, pusat beli-belah berkenaan akan tetap dibuka dan "para pekedai akan terus beroperasi dengan gangguan minimal pada tempoh ini", demikian menurut kenyataan media tersebut.   

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan