'Great Singapore Sale' tidak akan diadakan tahun ini?
Anggaran Waktu Membaca:
Suasana di Orchard Road pada 19 Oktober 2022. (Gambar: Hanidah Amin/CNA)
SINGAPURA: Jualan Raksasa Singapura (GSS) diadakan setiap tahun sejak 1994 dan bahkan diteruskan semasa pandemik COVID-19. Namun, sama ada ia akan diadakan pada tahun ini masih menjadi satu tanda tanya.
Jualan ekstravaganza tahunan itu - yang lazimnya diadakan pada pertengahan tahun, kecuali pada 2020 dan 2022 di mana ia ditangguhkan ke September - tidak disenaraikan dalam kalendar acara 2023 Persatuan Peruncit Singapura (SRA).
Persatuan perdagangan itu, yang sudah menganjurkan acara beli-belah kebangsaan selama 29 tahun, tidak menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan Mediacorp.
Mediacorp juga bertanya tentang GSS kepada Lembaga Pelancongan Singapura (STB) tetapi diarah menghubungi SRA bagi sebarang pertanyaan berkait jualan raksasa itu. STB merupakan penganjur bersama GSS ketika ia baru diperkenalkan, dan sudah menjadi rakan sokongan utama acara itu buat tempoh yang lama.
Beberapa peniaga yang dihubungi Mediacorp berkata mereka tidak mendengar apa-apa tentang sama ada GSS akan diadakan pada tahun ini.
GSS kian kurang mendapat perhatian sejak awal 2010-an, iaitu ketika e-dagang mula membawa perubahan besar kepada landskap runcit.
Sewaktu pandemik, GSS dijadikan satu acara maya, dengan jualan dilakukan menerusi kaedah penstriman langsung dan bilik pameran online. Pihak penganjur turut menjalin kerjasama bersama platform beli-belah online, Lazada.
Edisi tahun lalu pula dijalankan secara hibrid di mana jualan murah ditawarkan di wadah online mahupun di kedai-kedai.
Diadakan dari September hingga Oktober, ia bertepatan dengan kembalinya Formula 1 Singapore Grand Prix selepas perlumbaan itu ditiadakan selama dua tahun.
Malangnya, usaha sebegini tidak begitu membuahkan hasil, terutama sekali sedang pembelian online kian popular.
Diskaun dan promosi sering ditawarkan di platform-platform online - sekerap sebulan sekali - sehingga ini melunturkan keistimewaan GSS kerana para pelanggan seolah-olah sudah lali dengan jualan murah di sana sini.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.