GRC Sengkang dijangka hadapi persaingan sengit GE2025
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Nurjannah Suhaimi)
SINGAPURA: Menyusuli keputusan pilihan raya yang mengejutkan pada 2020, Parti Pekerja (WP) dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) kini sedang berusaha untuk menambat hati para penduduk di Sengkang, di mana keprihatinan para penduduk merangkumi isu-isu peringkat nasional seperti kos sara hidup hinggalah ke pilihan makanan halal yang tersedia di kawasan kejiranan mereka.
Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) belum lagi diisytiharkan, tetapi anggota Parti Pekerja (WP) dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) sudah memulakan usaha menambat hati penduduk di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Sengkang.
APA YANG PENDUDUK SENGKANG MAHUKAN
1. KEPRIHATINAN PERINGKAT NASIONAL
Dalam perbincangan bersama penduduk GRC Sengkang pada bulan lalu, Mediacorp mendengar luahan penduduk mengenai beberapa isu yang dekat di hati mereka sedang bahang Pilihan Raya Umum semakin terasa.
Yang paling membelenggu mereka adalah isu-isu yang menjejas rakyat iaitu kos sara hidup diikuti dengan pekerjaan dan pengangguran serta perumahan.
Kebimbangan mengenai pasaran kerja juga diutarakan.
Penduduk Sengkang, John Lee, seorang anggota NS sepenuh masa berusia 22 tahun berkata beliau "agak bimbang" sama ada sijil diploma politekniknya memadai untuk beliau mendapatkan pekerjaan sepenuh masa pads masa akan datang.
Ini sedang kadar pekerjaan sepenuh masa merosot dan kadar pengangguran dalam kalangan lulusan politeknik meningkat berbanding dengan 2023, berdasarkan hasil tinjauan pekerjaan lulusan politeknik yang dijalankan oleh lima politeknik di Singapura.
Pandangan sedemikian sebahagian besarnya selaras dengan tinjauan yang diterbitkan pada awal bulan lalu oleh firma penyelidikan pasaran Blackbox Research, yang mengkaji kebimbangan utama pengundi Singapura menjelang pilihan raya akan datang.

2. KEBERSIHAN ESTET PERUMAHAN
Bagi isu di peringkat kawasan undi, ia bercampur baur.
Sebilangan besar penduduk yang ditemu bual berkata mereka berpuas hati dengan prasarana di estet masing-masing, sebahagiannya disebabkan oleh kerja-kerja pembangunan yang dijalankan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sebagai contoh, penduduk Anchorvale sangat menghargai pilihan makanan dan minuman yang pelbagai yang ditawarkan menyusuli pelancaran Pusat Penjaja Anchorvale Village pada Jun tahun lalu.
Kebimbangan sebelum ini tentang berapa kerap blok-blok di Anchorvale dibersihkan nampaknya sudah berkurangan selepas Majlis Bandaran Sengkang (SKTC) mengambil alih pengurusan Anchorvale secara langsung pada November 2021.
Bagi mereka yang menetap di Buangkok, terdapat maklum balas positif mengenai pembukaan pusat beli-belah Sengkang Grand Mall pada Mac 2023.
Secara umumnya, kebanyakan penduduk mendapati tahap kebersihan di kawasan Sengkang adalah memuaskan.
3. PILIHAN MAKANAN HALAL
Selain penyelenggaraan, sesetengah penduduk berkata terdapat kekurangan pilihan makanan halal di tempat tinggal mereka.
Menambah jumlah kedai kopi, contohnya, merupakan antara usulan WP yang diumumkan semasa siaran parti politik sewaktui pilihan raya pada 2020.
Sungguhpun begitu, ia tidak mendedahkan berapa banyak kedai makan tersebut akan menjual makanan halal.
SKTC memberitahu Mediacorp bahawa ia sedia maklum mengenai maklum balas penduduk berhubung hal-hal berkaitan pilihan makanan dan kos sara hidup, walaupun ia di luar skop majlis bandaran.
Ia juga menyatakan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) baru-baru ini telah memberikan tender untuk memasang beberapa "mesin layan diri" yang menjual makanan halal di Blok 108 Rivervale Walk dan Blok 288B Compassvale Crescent, hasil maklum balas Anggota Parlimen (AP) Louis Chua mengenai keprihatinan itu kepada agensi tersebut pada April 2023.
FAKTOR RAEESAH KHAN
Satu perkembangan politik yang menjejas pasukan WP di GRC Sengkang adalah peletakan jawatan mengejut Anggota Parlimen WP Raeesah Khan pada 2021.
Cik Raeesah, yang menerajui kawasan Compassvale, meletakkan jawatan sebagai anggota parti dan AP kira-kira sebulan selepas mengaku berbohong di Parlimen.
Sungguhpun begitu, isu tersebut bukan kebimbangan utama bagi kebanyakan penduduk Sengkang yang ditemui Mediacorp.
Ini walaupun segelintir mereka meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian itu.
MUKA BAHARU DARI KEDUA-DUA PIHAK
Dengan satu kerusi kosong di GRC Sengkang, para pengundi berkemungkinan akan melihat sekurang-kurangnya satu muka baharu bertanding dengan pasukan WP dalam pilihan raya akan datang.
Setakat ini, parti itu tidak mendedahkan banyak perincian mengenai rancangan mereka.
Ketua WP Pritam Singh berkata pada forum WP tahun ini bahawa ia "tidak memberi banyak faedah" kepada WP dari sudut politik untuk mendedahkan calon-calon mereka sebelum Hari Penamaan Calon, "kecuali terdapat alasan strategik atau taktikal untuk berbuat demikian".
Muka baharu yang paling menonjol dan kemungkinan menjadi calon WP ialah Peguam Kanan Harpreet Singh, namun beliau dilihat beramah mesra dengan penduduk di kawasan Marine Parade.
Sementara itu, Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik juga kerap dilihat mendampingi Anggota Parlimen Sengkang baru-baru ini, dan bergambar dengan mereka semasa melakukan lawatan dari rumah ke rumah atau di acara kemasyarakatan hampir setiap bulan sejak September tahun lalu.
Halaman profilnya di LinkedIn menunjukkan bahawa beliau adalah seorang pengurus hartanah kanan di Majlis Bandaran Aljunied-Hougang di mana beliau bekerja di sana sejak 2015.
Dr Mustafa Izzuddin, seorang penganalisis kanan hal ehwal antarabangsa dengan syarikat perunding Solaris Strategies Singapore berkata "ia bukan menjadi kepentingan" WP untuk membubar pasukan mereka di Sengkang dan menggantikan mereka dengan muka-muka baharu.
Sementara itu, beberapa penduduk Sengkang berharap dapat melihat sesetengah individu yang dikenali dari PAP, di mana ada yang menarik perhatian bahawa PAP telah mencalonkan tiga pemegang jawatan politik pada 2020 yang diterajui oleh ketua buruh Encik Ng Chee Meng.
Pada 2022, PAP memperkenalkan beberapa muka baharu untuk menerajui beberapa divisyen di Sengkang: Profesor Madya Elmie Nekmat (Sengkang Central), Cik Theodora Lai Xi Yi (Sengkang North) dan Encik Ling Weihong (Sengkang East).
Masing-masing mengambil alih peranan daripada Encik Ng, Encik Amrin Amin dan Encik Raymond Lye.
Sungguhpun begitu, pemegang jawatan Sengkang East sudah bertukar ganti sebanyak dua kali sejak itu.
Encik Ling Weihong digantikan oleh pengamal komunikasi Marcus Loh pada November 2023. Pada bulan lalu, Encik Marcus Loh digantikan oleh Cik Bernadette Giam.
SEMPADAN KAWASAN UNDI SENGKANG
Pada 22 Januari lalu, Jabatan Pilihan Raya Singapura mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC) - yang bertanggungjawab untuk mengkaji semula dan membuat perubahan kepada peta sempadan kawasan undi.
Sepanjang empat pilihan raya sebelum ini, jarak waktu antara pembentukan EBRC dengan Hari Mengundi adalah antara empat hingga 11 bulan.
EBRC menetapkan GRC Sengkang yang baharu pada 2020 dengan menggabungkan apa yang dahulunya Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Punggol East dengan sebahagian daripada apa yang dahulunya SMC Sengkang West dan GRC Pasir Ris-Punggol.
KEUTAMAAN
Akhirnya, para pengundi Sengkang berbelah bahagi dalam pandangan mereka tentang perkara yang paling diutamakan.
Lebih separuh berkata mereka akan mempertimbangkan sama rata isu-isu "utama" dan isu-isu di peringkat estet perumahan serta beberapa faktor lain.
Suku daripada mereka pula lebih mempertimbangkan isu-isu nasional, dan lagi 25 peratus berkata bahawa hal-hal di peringkat kawasan undi lebih diutamakan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.