Skip to main content

Singapura

GRC Nee Soon tubuh rangkaian sokongan bagi pesakit barah

GRC Nee Soon melancarkan gerakan yang memberi sokongan dan meningkatkan kesedaran tentang penyakit barah. Dinamakan "Never Alone", ia berfungsi sebagai rangkaian sokongan bagi para penduduk yang menghidapi penyakit barah.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Jan 2019 09:18PM Dikemas Kini : 27 Jan 2019 09:31PM

SINGAPURA: GRC Nee Soon melancarkan gerakan yang memberi sokongan dan meningkatkan kesedaran tentang penyakit barah. Dinamakan "Never Alone", ia berfungsi sebagai rangkaian sokongan bagi para penduduk yang menghidapi penyakit barah.

Selain menubuhkan dua pusat sumber untuk penyakit barah dan menganjurkan ceramah, GRC tersebut melibatkan 55 relawan dari kawasan Nee Soon, yang merupakan bekas pesakit barah.

Tugas mereka adalah untuk memberi sokongan kepada para penduduk yang menghidapi penyakit barah. Para relawan ini turut menjalani latihan dalam pengetahuan asas berkaitan penyakit barah dan kemahiran kaunseling.

Sumber : CNA/HA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita