Skip to main content

Singapura

GRC Marsiling-Yew Tee pergiat usaha dampingi penduduk Melayu/Islam

Lebih banyak usaha sedang dilakukan di GRC Marsiling-Yew Tee untuk menekankan peri pentingnya kesihatan mental.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Jun 2025 07:11PM Dikemas Kini : 29 Jun 2025 09:05PM
  • Lebih banyak usaha sedang dilakukan di GRC Marsiling-Yew Tee untuk menekankan peri pentingnya kesihatan mental.
  • Sepanjang enam bulan lalu, para pemimpin masyarakat mendampingi penduduk, khususnya masyarakat Melayu/Islam, untuk meningkatkan kesedaran tentang demensia.
  • Pada separuh kedua tahun ini pula, GRC itu akan menyediakan lebih banyak sokongan kesihatan mental yang menyasarkan golongan muda di samping inisiatif-inisiatif lain.
  • Matlamatnya adalah untuk menyebar kesedaran mengenai perkara itu kepada kumpulan-kumpulan masyarakat berbeza, termasuk maklumat tentang sumber-sumber dan pelbagai saluran bantuan yang disediakan oleh pemerintah.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Lebih banyak usaha sedang dilakukan di GRC Marsiling-Yew Tee untuk menekankan peri pentingnya kesihatan mental.

Sepanjang enam bulan lalu, para pemimpin masyarakat mendampingi penduduk, khususnya masyarakat Melayu/Islam, untuk meningkatkan kesedaran tentang demensia.

Lebih 80 penduduk yang memerlukan sokongan sedemikian sudah pun didekati sejauh ini.

Pada separuh kedua tahun ini pula, GRC itu akan menyediakan lebih banyak sokongan kesihatan mental yang menyasarkan golongan muda di samping inisiatif-inisiatif lain.

Semua itu diumumkan Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad yang juga Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee semasa acara tahunan Jalan Hijrah dan Fiesta Kesihatan GRC tersebut.

Ia dianjurkan sempena Tahun Baharu Hijriah.

Lebih 700 penduduk berbilang kaum dan agama turun padang bagi menunjukkan sokongan bagi kesihatan mental lebih baik.

Matlamatnya adalah untuk menyebar kesedaran mengenai perkara itu kepada kumpulan-kumpulan masyarakat berbeza, termasuk maklumat tentang sumber-sumber dan pelbagai saluran bantuan yang disediakan oleh pemerintah.

Semasa acara itu juga, para peserta melakukan senaman berasaskan silat dan ia berjaya diiktiraf ke dalam Buku Rekod Singapura bagi jumlah peserta paling ramai melakukannya iaitu 508 peserta.

Para Anggota Parlimen GRC itu, yang termasuk Perdana Menteri Lawrence Wong turut hadir untuk menyokong acara pada Sabtu (28 Jun).

"Kami ingin membawa kesedaran kepada komuniti di mana kami mahu menampilkan kesihatan mental sebagai satu topik yang kami rasa mempunyai kepentingan bagi komuniti kita.

"Dalam komuniti kita, ada yang mungkin berasa bahawa isu ini adalah satu isu yang terlarang. Tapi saya rasa ini sesuatu yang kita harus tangani dan kita harus memberi bantuan," kata Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee Zaqy Mohamad yang juga Menteri Negara Kanan MINDEF merangkap MSE.
Sumber : CNA/FZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita