Skip to main content

Singapura

GRC East Coast hadiahkan 60,000 kuih Raya kepada 1,000 keluarga memerlukan

Sebanyak 60,000 kuih raya diagihkan kepada keluarga-keluarga memerlukan di kawasan East Coast.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebanyak 60,000 kuih raya diagihkan kepada keluarga-keluarga memerlukan di kawasan East Coast.

Di bawah inisiatif Muhibah Aidilfitri bersama GRC East Coast itu, sebanyak 1,000 keluarga dibantu bagi menceriakan lagi sambutan Lebaran mereka.

Jumlah kuih yang disiapkan juga 10,000 lebih banyak berbanding tahun lalu bagi menandakan sambutan SG60 tahun ini.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Maliki Osman, yang juga Anggota Parlimen GRC East Coast berkata: "Projek menyampaikan habuan Hari Raya kepada para penduduk kita. Kita faham bahawa mereka yang berpendapatan rendah mungkin merasakan kesukaran untuk beraya dan dengan ini kita berharap dapat membantu seribu keluarga berpendapatan rendah di East Coast GRC ini untuk beraya bersama, untuk merasakan inilah masyarakat yang prihatin, masyarakat yang peduli, masyarakat yang mereka rasa begitu amat disukai oleh penduduk di sini."

DPM Heng turut meraikan para relawan berbilang kaum dan agama yang sama-sama menyingsing lengan untuk menyediakan 60,000 kuih Raya. (Gambar: Balai Rakyat Siglap)
Dr Maliki turut disertai Anggota Parlimen lain GRC ini termasuk Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat.

Mereka turut menyantuni para relawan berbilang kaum dan agama yang menyingsing lengan untuk menyiapkan kuih-muih itu.

Encik Heng berkata kerencaman budaya dan agama serta masyarakat berbilang kaum adalah kekuatan Singapura.

DPM Heng berkata: "Pada bulan istimewa ini, bulan Ramadan, saya rasa kita patut komited untuk memelihara keharmonian kaum dan agama, kepelbagaian budaya dan juga semangat menyayangi satu sama lain."

ALU-ALUKAN PARTI LAIN BERTANDING DI GRC EAST COAST
Dr Maliki yang sudah menjadi Anggota Parlimen bagi GRC East Coast sejak 2011, mengalu-alukan parti lain bertanding di kawasan undi itu. (Gambar: Balai Rakyat Siglap)
Mengenai Pilihan Raya Umum pula, Dr Maliki yang sudah menjadi Anggota Parlimen di GRC East Coast ini sejak 2011 lagi, mengalu-alukan parti-parti lain untuk turut bertanding di kawasan pilihan raya ini.

Dr Maliki menambah: "Kami mengalu-alukan persaingan sebenarnya dan saya rasa dalam demokrasi, kita mahu pastikan setiap penduduk, setiap pengundi ada hak untuk membuat keputusan dan kami mengalu-alukan parti pembangkang untuk datang ke GRC kami, membentangkan rancangan mereka sedang kami juga berkongsi rancangan kami. Kami harap mereka akan beri para pengundi kami peluang yang adil untuk menilai dan membuat keputusan mereka."
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita