Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Grand Prix S'pura dijangka pikat jumlah rekod tertinggi sejak 2008

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Sep 2022 07:33PM Dikemas Kini : 26 Sep 2022 08:53PM

SINGAPURA: Para penyokong Formula One ghairah menantikan perlumbaan Grand Prix Singapura yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Acara itu dijangka memikat jumlah hadirin yang tertinggi sejak perlumbaan itu pertama kali diadakan di Litar Marina Bay pada 2008.

Adam Amir masih ingat lagi kali pertama dia menyaksikan perlumbaan Formula 1 Grand Prix Singapura hampir sedekad lalu. 

Ia merupakan detik amat istimewa baginya yang diberikan tiket F1 sebagai hadiah ulang tahunnya. 

"Anda tidak rasa seperti anda berada di Singapura. Sebagai seorang peminat F1, ia amat istimewa dapat merasakan litar perlumbaan bergegar apabila kereta lumba melaluinya, menyaksikan para penyokong bersorak apabila pemandu kegemaran mereka mendapat kedudukan pertama atau memenangi perlumbaan tersebut," katanya. 

Adam tidak pernah melepaskan peluang untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix sejak ia mula diadakan di Singapura sehinggalah pandemik COVID-19 melanda apabila perlumbaan pada tahun 2020 dan 2021 dibatalkan. 

Jika semua berjalan lancar pada hujung minggu ini, dia akan dapat menambahkan koleksi kenang-kenangannya, termasuk peluang bergambar dengan juara-juara F1 seperti Lewis Hamilton dan Max Verstappen. 

Bukan itu sahaja, dia juga mempunyai koleksi kereta lumba dan topi sebagai cenderahati yang ditandatangani oleh para pemandu F1. 

Adam juga mengendalikan akaun Instagram berkaitan sukan tersebut, dengan memikat hampir 67,000 pengikut. 

Bagi seorang lagi penyokong F1, bapanya yang memupuk minat terhadap sukan itu dalam dirinya sejak usia kecil lagi.

Shamir Robinson sudah dua kali menyaksikan perlumbaan F1 secara langsung di Singapura.

"Saya tidak menjangka saya akan berhenti menonton Formula One. Ia adalah sesuatu yang saya lakukan setiap hujung minggu, sesuatu yang saya gemar membaca tentang dan sebagainya," ujarnya. 

Tahun ini, dia tidak sabar menyaksikan juara Sebastian Vettel beraksi buat kali terakhir di Litar Marina Bay sebelum beliau bersara pada akhir musim ini. 

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan