Grand Prix F1 SG: Kawasan larangan sementara terhadap aktiviti udara dari 8-12 Okt
Anggaran Waktu Membaca:
Sebahagian daripada litar Grand Prix F1 Singapura. (Gambar fail: Edgar Su/Reuters)
Singapore F1 Grand Prix: Temporary restricted area for aerial activities from Oct 8 to 12
- CAAS will designate a Temporary Restricted Area in several parts of Singapore from Oct 8 to 12 for the 2026 Singapore Formula One Grand Prix.
- The restrictions cover activities such as flying kites, launching tethered balloons and operating drones without a permit, from ground level up to 4,000ft.
- The areas involved include Marina Bay Sands, Gardens by the Bay, Katong, the Kallang Sports Hub, Little India, Orchard Road, Chinatown and Tanjong Pagar.
- CAAS said the measure is for public safety and helicopter aerial filming, while breaches can carry heavy fines, jail terms or both.
- CAAS akan menetapkan Kawasan Larangan Sementara di beberapa bahagian Singapura dari 8 hingga 12 Oktober sempena Grand Prix Formula One Singapura 2026.
- Larangan meliputi aktiviti seperti menerbangkan layang-layang, menaikkan belon bertambat dan mengendalikan dron tanpa permit, dari aras darat hingga 4,000 kaki.
- Kawasan terlibat termasuk Marina Bay Sands, Taman di Pesisiran, Katong, Hab Sukan Kallang, Little India, Orchard Road, Chinatown dan Tanjong Pagar.
- CAAS menyatakan langkah itu demi keselamatan awam dan rakaman udara helikopter, manakala pelanggaran boleh membawa denda besar, penjara atau kedua-duanya.
SINGAPURA: Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan membangunkan Kawasan Larangan Sementara (TRA) bagi semua aktiviti udara di beberapa kawasan di Singapura dari 8 hingga 12 Oktober sempena Grand Prix Formula One (F1) Singapura 2026.
CAAS memaklumkan TRA itu bertujuan untuk menjaga keselamatan orang ramai serta penerbangan helikopter pada altitud rendah bagi rakaman udara perlumbaan malam di negara ini.
"Sepanjang tarikh dan waktu yang dinyatakan, semua aktiviti udara termasuk menerbangkan layang-layang, menaikkan belon bertambat dan menerbangkan pesawat tanpa pemandu seperti dron di kawasan TRA adalah dilarang sama sekali, kecuali permit yang diperlukan telah diperoleh daripada CAAS.
"Selain TRA, sekatan sedia ada terhadap aktiviti udara dan dron dalam lingkungan lima kilometer dari aerodrom, kawasan bahaya, kawasan larangan, kawasan sekatan dan kawasan perlindungan kekal berkuat kuasa," menurut CAAS dalam kenyataan pada Selasa (6 Okt).
Kawasan larangan sementara itu merangkumi Marina Bay Sands, Taman di Pesisiran, Katong dan Hab Sukan di Kallang. Kawasan utama lain yang terlibat termasuk Little India, Orchard Road, Chinatown dan Tanjong Pagar, seperti dipetik The Star.
Larangan itu meliputi ruang udara dari aras darat hingga ketinggian 4,000 kaki (kira-kira 1.2km) dari paras purata laut.
Semua kegiatan udara yang memasuki atau dijalankan dalam kawasan larangan itu tidak dibenarkan dari pukul 2.00 petang pada 8 Oktober hingga 1.00 pagi pada 9 Oktober; 3.00 petang pada 9 Oktober hingga 3.00 pagi pada 10 Oktober; 2.00 petang pada 10 Oktober hingga 3.00 pagi pada 11 Oktober; serta 2.00 petang pada 11 Oktober hingga 3.00 pagi pada 12 Oktober.
Kegiatan yang dilarang termasuk menerbangkan layang-layang, menaikkan belon bertambat dan menerbangkan pesawat tanpa pemandu seperti dron.
Menurut CAAS, menjalankan aktiviti udara dan pesawat tanpa pemandu dalam TRA tanpa permit yang diperlukan daripada pihak berkuasa merupakan satu kesalahan.
Sesiapa yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga S$50,000 atau dihukum penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.
Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, pesalah boleh didenda sehingga S$100,000 atau dihukum penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya jangan bimbang dengan penerbangan helikopter pada altitud rendah di kawasan berkenaan sepanjang tarikh dan waktu tersebut," menurut CAAS.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.