Grafiti hina PM Lee dipadam dari cawangan DBS di Hong Kong
Grafiti yang diconteng di sebuah cawangan DBS di Hong Kong yang mengandungi kata-kata kesat yang diajukan ke Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Parti Tindakan Rakyat (PAP), sudah dipadam.

Grafiti yang diconteng di sebuah cawangan DBS di Hong Kong (Gambar: Media sosial)
SINGAPURA: Grafiti yang diconteng di sebuah cawangan DBS di Hong Kong yang mengandungi kata-kata kesat yang diajukan ke Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Parti Tindakan Rakyat (PAP), sudah dipadam.
Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Khamis (14 Nov), seorang jurucakap dari bank Singapura itu berkata: "Grafiti pada cawangan di Hong Kong dipadamkan serta merta apabila ia ditemui pagi ini."
Gambar-gambar di media sosial menunjukkan kata-kata tersebut diconteng pada permukaan kaca bahagian luar cawangan bank itu menggunakan cat sembur.
Insiden tersebut berlaku di tengah-tengah keganasan yang memuncak merata bandar itu, dengan penunjuk perasaan melepaskan panah ke arah polis, memaksa penutupan sekolah-sekolah dan menghadang laluan lebuh raya dan jalan-jalan raya.
Pada Selasa malam, satu cawangan DBS berdekatan di Yee Wo Street di Causeway Bay kelihatan terbakar dalam satu video online. Pihak bank tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa cawangan itu tidak rosak dalam kebakaran tersebut dan para kakitangannya selamat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.