Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Graduan SP mahu dalami minat dalam kejuruteraan perubatan, berbakti kepada masyarakat

Anggaran Waktu Membaca:

BERTIAMediacorp: Jarak umurnya hampir 10 tahun lebih tua daripada rakan-rakan yang mengambil kursus diploma yang sama.

Namun, ia tidak sekalipun mematahkan semangat Naufal Ilham Muhammad, 24 tahun, untuk mencapai keputusan cemerlang dalam kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan pengkhususan dalam kejuruteraan bioperubatan.

"Cabaran terbesar saya semenjak di SP adalah umur saya. Jarak umur saya hampir 10 tahun lebih tua daripada yang lain jadi itu agak susah," kata lulusan Politeknik Singapura, Naufal Ilham.

Berkat kegigihannya, Naufal meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) penuh iaitu empat mata dalam Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan pengkhususan dalam kejuruteraan bioperubatan.

Ini menjadi pembakar semangat lebih mendalami bidang bioperubatan.

PERKHIDMATAN NEGARA DORONG MINAT DALAM KEJURUTERAAN BIOPERUBATAN

Minat Naufal Ilham bidang kejuruteraan bioperubatan berputik semasa beliau menjadi relawan separuh masa sebagai jurutera bioperubatan di Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

"Semenjak saya di SCDF, saya menggunakan banyak peralatan bioperubatan dan dengan itu saya ingin tahu bagaimana fungsinya peralatan-peralatan ini," kata beliau.

Beliau masih menjadi relawan separuh masa di SCDF sementara menunggu kemasukan ke universiti.

a

TERLIBAT DALAM PERADUAN ROBOTIK MARIN ANTARABANGSA

Di SP, Naufal Ilham juga terlibat alam penyelidikan sistem robotik marin dan bertanding dalam peraduan antarabangsa Singapore Autonomous Underwater Vehicle Challenge (SAUVC).

Peraduan itu menguji bagaimana sebuah robot boleh bergerak dan bertindak di bawah air.

Naufal Ilham berhasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang bioperubatan di Universiti Nasional Singapura (NUS) kelak.

"Selepas mendapat diploma ini saya sudah mendaftar untuk masuk ke NUS, kalau semuanya baik saya akan ke NUS kalau tidak saya akan bekerja dulu di bidang bioperubatan di Singapura," kata beliau.

Seorang lagi graduan SP yang cemerlang ialah Sarah Nahar Azmi.

Lulusan Diploma dalam Media Digital dan Perhubungan itu meraih pingat emas Chua Chor Teck SP.

"Saya bersyukur sebab saya rasa usaha saya dan semua kerja keras saya berbaloi. Anugerah ini bukan sahaja usaha saya sendiri tapi juga dengan usaha ibu bapa saya, sokongan dari kawan-kawan saya dan nasihat daripada guru-guru saya," kata beliau.

JALANI LATIHAN AMALI DI BANGKOK

Semasa pengajian, Sarah dipilih untuk mengikuti program Latihan Keusahawanan Global bersama sebuah syarikat permula e-dagang di Bangkok.

"Setiap hari saya menguruskan projek video untuk pelanggan atau media sosial mereka. Jadi di Bangkok saya buat banyak projek video dan satu peluang yang saya dapat adalah meguruskan projek pelanggan dari Chubb insurance," kata Sarah

INGIN SUMBANG KEMBALI KEPADA MASYARAKAT MELAYU/ISLAM

Sarah bercita-cita untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pembelajaran pendidikan di Universiti Kolej London

"Saya ada minat yang sangat mendalam untuk tolong masyarakat Melayu sebab saya rasa bangga menjadi orang Melayu. Mungkin satu hari nanti kita akan lihat lebih ramai anak Melayu dari kita meraih kejayaan dan maju ke hadapan. Mungkin memegang jawatan-jawatan penting dalam hal pentadbiran negara juga." kata beliau.

a
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan