Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Graduan RP mahu main peranan dalam pemuliharaan ekosistem marin SG

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Minatnya terhadap alam sekitar dan sains berputik sejak dari kecil lagi.

Itulah salah satu sebabnya mengapa Ian Izree Muhammad Hairul Nazwa memilih Kursus Sains Marin dan Akuakultur di Politeknik Republik.

Sepanjang kursus beliau antara lain mempelajari mengenai spesis makanan laut, sistem penghasilan mampan dan pengurusan kesihatan akuatik dan marin.

Berkat kecemerlangannya, Ian muncul dalam kalangan empat penerima Anugerah Lee Kuan Yew bagi Matematik dan Sains.
Beliau berjaya mendapatkan Diploma dengan Merit.

"Selepas menjalani perkhidmatan negara, saya berhasrat untuk pergi ke universiti tempatan atau Universiti James Cook di Australia untuk melanjutkan minat saya dalam bidang Sains dan Biologi Marin. Saya harap saya boleh menjadi ahli biologi marin untuk memainkan peranan saya dalam usaha pemuliharaan ekosistem marin Singapura," kata Ian kepada BERITAmediacorp.

Seorang lagi lulusan yang menerima diploma hari ini ialah Mohamed Isa Mohamed Basir.

Beliau antara lulusan pertama Diploma dalam Teknologi Kewangan (DFT).

Diploma itu akan membantunya menyokong visi Singapura untuk menjadi sebuah Negara Bijak dan hab teknologi.

Sewaktu pengajiannya, Isa berpeluang mengikuti latihan di unit perniagaan NetSuite Oracle.

Di situ, beliau berpeluang bekerja dengan pasukan merentas fungsi dari merata dunia untuk menambah baik pelbagai sistem dan proses teknologi dalam sesebuah pertubuhan untuk meningkatkan produktiviti.
"Daripada segi pekerjaan, apabila kita melihat dalam sektor kewangan, terdapat banyak proses-proses dan sistem-sistem yang tradisional yang telah pun menjalani pendigitalan. Ini dikenali sebagai 'disruptive technology. Ini terjadi apabila terdapat inovasi yang mengganggu proses-proses yang tradisional dan menggunakan inisiatif digital untuk melaksanakan pelbagai proses," kata beliau.

Lebih 4,600 lulusuan Politeknik Republik menerima diploma mereka dalam majlis penyampaian diploma RP tahun ke-18.

Majlis hari ini turut menampilkan kumpulan perintis pelajar dari kursus Diploma Teknologi Kewangan (DFT) dan Diploma Reka Bentuk & Pembangunan Digital.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan