Grace Fu gulung lawatan bagi Minggu Iklim New York, kongsi perspektif SG dalam hapuskan karbon di Asia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Jeremy Long)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Grace Fu menggulung lawatannya ke New York bagi Minggu Iklim New York 2024.
Cik Fu berucap di beberapa acara, termasuk Perhimpunan Pemimpin Iklim, Panel Pemimpin Hari Pasaran Karbon Sukarela, dan Dialog ke-3 Peralihan Tenaga Peringkat Tinggi COP-29.
Cik Fu berkongsi perspektif Singapura tentang peluang-peluang untuk proses menghapuskan karbon di Asia, peranan kewangan dan pasaran karbon antarabangsa berintegriti tinggi bagi menyokong peralihan tersebut.
Beliau juga menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri mengenai Perjanjian Pencemaran Plastik dan menekankan perlunya menggalakkan usaha global, bagi membendung pencemaran plastik melalui perjanjian yang berkesan dan boleh dilaksanakan.
Cik Fu juga menekankan perlunya membina momentum positif dan berusaha ke arah COP-29 yang berjaya.

Sumber : CNA/LL/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.