Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Grab tidak jangkakan pemberhentian kerja besar-besaran meski pasaran lembab

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Grab, iaitu firma pengangkutan dan penghantaran makanan terbesar di Asia Tenggara tidak menjangkakan sebarang pemberhentian kerja besar-besaran seperti yang dilakukan oleh beberapa syarikat pesaingnya.

Grab kini mengambil pekerja secara berpilih sementara mengawal perancangan dalam khidmat kewangannya.

Ketua Pegawai Operasi, Alex Hungate berkata bahawa awal tahun ini, syarikat itu khuatir mengenai kemelesetan sejagat dan "sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan dalam pengambilan pekerja".

Hasilnya, syarikat itu belum lagi sampai ke tahap "terdesak" untuk menghentikan pengambilan pekerja atau melaksanakan pemberhentian kerja besar-besaran.

"Sekitar pertengahan tahun, kami melakukan beberapa jenis penyusunan semula khusus, namun saya tahu syarikat lain sudah laksanakan pemberhentian kerja besar-besaran, jadi kami tidak melihat syarikat ini dalam kategori tersebut," kata Encik Hungate, 56 tahun kepada Reuters dalam wawancara pertamanya sejak menyertai Grab Holdings Ltd yang berpangkalan di Singapura pada Januari lalu.

Syarikat Grab yang terkenal di di Asia Tenggara, mempunyai kira-kira 8,800 kakitangan setakat hujung 2021.

Sama seperti pesaingnya, syarikat itu sudah meraih manfaat daripada jumlah yang semakin meningkat dalam khidmat makanan semasa pandemik COVID-19 sementara khidmat pengangkutan semakin merosot.

Sedang ekonomi mula dibuka semula, penghantaran makanan kerang rancak manakala khidmat pengangkutan masih belum pulih sepenuhnya.

Penilaian teknologi juga jatuh secara mendadak dan inflasi, pertumbuhan yang lebih perlahan dan kenaikan kadar faedah muncul sebagai risiko.
Grab menyusun semula unit fintech syarikat itu tahun ini untuk memberikan tumpuan kepada cabang yang lebih lumayan.

Reuters turut melaporkan mengenai peletakkan jawatan beberapa eksekutif kanan syarikat itu.

Grab kini memberikan tumpuan penuh kepada penjualan produk pinjaman dan insuransnya menerusi platform Grab kepada para peniaga dan pemandu.

Grab kini bercadang untuk mengembangkan khidmat kewangan dengan menawarkan khidmat perbankan dan produk lain bersama rakan-rakan industri dari Singapore Telecommunications dalam pasara-pasaran utama.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan