Grab tegas tidak langgar undang-undang saingan, namun akan patuh arahan badan pemantau
Syarikat khidmat sewa kereta privet Grab menegaskan bahawa ia tidak melanggar sebarang undang-undang persaingan, namun ia akan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh badan pemantau persaingan Singapura.
SINGAPURA: Syarikat khidmat sewa kereta privet Grab menegaskan bahawa ia tidak melanggar sebarang undang-undang persaingan, namun ia akan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh badan pemantau persaingan Singapura.
Pada Isnin (24 Sep), Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) mengenakan denda sejumlah S$13 juta terhadap Grab dan bekas pesaing utamanya, Uber, atas gabungan kedua-dua syarikat itu sambil menyatakan bahawa perjanjian tersebut mengurangkan persaingan dalam pasaran khidmat sewa kereta privet.
Dalam kenyataannya, Ketua Grab Singapura Lim Kell Jay berkata Grab memuktamadkan perjanjian itu "dalam batas hak undang-undangnya dan tidak secara sengaja atau cuai melanggar undang-undang persaingan."
Encik Lim berkata Grab akan mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan oleh CCCS. "Bagaimanapun, kami kecewa bahawa CCCS menggunakan takrifan pasaran yang sempit dalam membuat kesimpulan bahawa urus niaga itu mengurangkan persaingan," tambah beliau.
CCCS juga mengarahkan Grab supaya menghentikan aturan eksklusif dengan para pemandu dan syarikat teksi, serta mengekalkan algoritma tambangnya dan kadar komisyen bagi para pemandu seperti yang ditetapkan sebelum pelaksanaan gabungan tersebut.
Encik Lim turut berkata: "Grab akan terus mematuhi modal tambang urus niaga serta dasar-dasar tambang dan komisyen pemandu seperti sebelum ini. Kami sudah dan akan terus menghantar data tambang mingguan kepada CCCS untuk dipantau."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.